Pulangan Pelaburan Unit Amanah

Assalamualaikum & salam sejahtera, 

Sebelum rehat saya ada dapat panggilan telefon. Lebih kurang macam ni perbualannya:.

Ayu (bukan nama sebenar): "Dah lama tak update blog. Saya suka baca berkaitan unit trust ni. Masih menulis ke?

Saya: Oooo.. Iya dah lama tak update sejak kena  uruskan blog peribadi UMP. Jadi saya tulis kat blog UMP tu la.  http://blog.ump.edu.my/sitiaishah.

Ok.. Bagi memenuhi hasrat para pembaca blog saya titipkan sedikit berkaitan dengan unit amanah.

~~~~~~~~~~
Bila ada yang bertanya bagus ke unit amanah ni?

Saya akan jawab  itulah yang saya labur sejak 2010. Setakat ini itulah yang buat hati saya tenang dengan pulangan yang lebih baik dari simpanan di bank. Saya tidak begitu risau tentang harga naik atau jatuh kerana saya buat potongan bulanan dan unit amanah adalah pelaburan jangka panjang.

Sebagai penulis blog, saya tulis apa yang saya alami untuk dikongsi. Saya bukanlah pakar kewangan tetapi menulis untuk berkongsi dengan para pembaca untuk dijadikan asas. Jika ingin mendalami sesuatu ilmu kenalah belajar dan berguru.

Ok. Kali ini saya kongsikan pulangan 2  dana  supaya para pembaca lebih faham. Di bawah ini adalah skrin sebagai pelabur dimana apabila melabur, pelabur mohon untuk ada akaun Public Mutual Online (PMO) bagi melihat perincian bagi pelaburan.

Sekiranya pelabur tidak memohon akaun PMO mereka terpaksa memohon transaksi dari konsultan unit amanah/agen atau terus ke pejabat Public Mutual. Sangat bagus setiap pelabur ada akaun PMO. Senang!..

Contoh Dana  A di bawah adalah yang  sedikit pulangan tetapi menawarkan pakej takaful.  Dana A adalah pelaburan lump sum dan Dana B adalah potongan bulanan. Dana B melabur untuk tujuan pendidikan anak yang mana cadangan pelaburan selama 7 tahun.


Dana: A
Jumlah pelaburan : RM4500.00 (pelaburan tambahan akhir pada tahun 2016)
Jenis pelaburan: lump sum 3 kali.
Jumlah pulangan : RM1,227 (terkumpul)


Contoh  bagi dana yang dilaburkan secara bulanan.
Dana: B
Jumlah pelaburan : Tolak akaun RM100/sebulan
Jenis pelaburan: Bulanan tolak akaun bank /DDI/SI
Jumlah pulangan :

Apa yang saya ingin kongsikan adalah dengan pelaburan unit amanah:

i.  Ada akaun PMO akan lebih mudah pelabur rujuk. Bahkan boleh buat pelaburan tambahan secara atas talian tanpa perlu berurusan dengan konsultan dan juga ke pejabat unit amanah.

ii. Pulangan  ada walau sedikit. Walau ekonomi teruk ia tetap memberikan pulangan.

Sekian dahulu perkongsian panjang lebar dari saya. Anggaplah qada saya bagi beberapa bulan yang lalu.


Salam sayang  buat semua pembaca.

Salam di hari Jumaat Ramadhan yang kedua.

-Aishah Ghani-
Aku yang suka berkongsi..



Comments