Refinance Rumah

Assalamualaikum & Salam Hari Jumaat buat semua pembaca blog...

Semoga semuanya sihat & gembira di awal tahun 2017. Mungkin sibuk dengan urusan sekolah anak-anak dan belum berkesempatan membuat perancangan 2017.

Ok. Kali ini saya ingin kongsikan cara-cara refinance rumah atau kata lain gadai rumah yang dibeli kepada bank baharu@ jika rumah telah menjadi hak anda dan anda akan gadai  ke bank.

Sebelum ke bank untuk mendapatkan borang-borang.

Sediakan:
1. Slip gaji
2. Salinan Geran rumah
3. Salinan IC
4. Rujuk mudah.my @portal yang menyenaraikan harga semasa rumah. (ini untuk anggaran harga semasa rumah anda).

Berjumpa dengan pegawai perunding di bank berkenaan, tanya:-

1. Interest paling rendah yang boleh ditawarkan.
2. Tempoh proses permohonan
3. Kos-kos yang terlibat. Terdapat bank yang tidak mengenakan kos pemprosesan. Kos adalah berbeza jika rumah telah habis bayar dan juga rumah yang masih ada hutang bank. Kos penilai dan juga yuran guaman akan dikenakan juga jiak anda refinance rumah.

4. Sekiranya anda ingin menggunakan wang bank (hasil refinance), maklumkan kepada pegawai untuk upkan loan anda bagi menampung kos-kos berkenaan. [Bergantung pada kelayakan anda].

5. Pegawai  akan bertanya harga semasa rumah anda@ beliau akan hubungi penilai bank untuk dapatkan anggaran. Jika anda telah mengetahui nilai semasa ia akan membantu pegawai perunding menyatakan interest yang lebih tepat. Selain reputasi kewangan anda, kadar interest juga dipengaruhi oleh nilai hartanah. Sesetengah bank menawarkan interest lebih rendah jika hartanah bernilai RM500K ke atas  dan sebagainya.

Penting untuk anda berjumpa dengan sekurang-kurangnya 5 pegawai perunding dari bank yang berbeza. Lagi banyak lagi bagus dan bandingkan bank yang paling menguntungkan anda. Jika anda merujuk 5 bank dan anda boleh menghantar kepada 3 terbaik.

Dokumen-dokumen yang diperlukan bersama borang yang dihantar.

1. BORANG Permohonan -sesetengah bank memerlukan pengesahan majikan pada borang.
2. Slip gaji 3 bulan terkini
3. Salinan geran rumah
4. Salinan IC
5. Penyata bank gaji anda masuk.(3-6 bulan bergantung kepada bank).
6. Surat Pengesahan Majikan yang mengandungi gaji, status, tempoh perkhidmatan dan tarikh pencen.
7. Penyata bank-bank lain yang 'ada duit" sebagai dokumen sokongan walaupun baki gaji anda BESAR.
8. Lampirkan bukti-bukti pelaburan yang ada seperti sewaan rumah/kedai, pelaburan di unit amanah, pelaburan simpanan tetap dan lain-lain.

Penting. Sekiranyanya ingin membuat personal loan/refinance rumah, elakkan memohon kad kredit dalam waktu terdekat.

Cukupkan?..Sekadar perkongsian untuk semua pengunjung blog saya. Harap ianya dapat memberi manfaat. Ilmu dan pengalaman untuk dikongsi agar sentiasa mendapat kebaikan berterusan.

Kes saya, pegawai perunding memaklumkan status lepasan saringan  dan masih dalam penilaian kedua (dalam tempoh 2 minggu selepas permohonan). Kemudian saya segera emel dokumen sokongan pelaburan unit amanah dan simpanan tetap serta dokumen pengesahan permohonan kad kredit (bukan pinjaman peribadi). Pada keesokkannya, perunding memaklumkan permohonan saya telah diluluskan.

Moralnya walaupun berkali-kali pegawai perunding memaklumkan bahawa cukup dokumen yang diminta sahaja kerana baki gaji sudah mencukupi tetapi DOKUMEN SOKONGAN tetap membantu!..Dalam ekonomi sekarang pihak bank amat teliti dalam memberi pinjaman walaupun pinjaman bercagar.

Opss....Sekian dahulu. Salam sayang buat semua pembaca.

Salam Jumaat...

-Aishah Ghani-
Aku yang suka menulis di blog.
Aku yang suka membuat pelaburan
Aku agen unit amanah...






Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Post a Comment