Pengalaman Pelaburan Saham : 1





Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Semoga semuanya sihat-sihat belaka.

Ada ke yang  tercari-cari pengalaman pelabur saham?

Nah saya kongsikan sedikit pengalaman yang manis, pahit dan masam dalam pelaburan saham saya yang baru sahaja tempoh 1 tahun. Ringkas sahaja:-

Saya mula melabur saham BSKL Jun 2017. Kebetulan ada duit lebihan refinance rumah.TANPA ILMU saya laburkan dengan permulaan RM5K.

Untung?...Peram jelah...Masa drop saya ada tambah lagi kaunter sama dan naik terus jual. Ada la untung dalam beberapa ratus.

Bermula Jun 2017-September 2017 saya telah mengalami kerugian lebih banyak dari keuntungan kerana?
* Tiada ILMU
*Beli  saham yang ada tempoh matang.
*Sangat suka/excited membeli saham kerana suka mencuba

Padahnya?.. Terkunci modal yang agak besar pada saham.

Kecewakah? Sedihkah?..Dalam diari hidup saya untuk pelaburan jangan pernah berputus asa walau telah berputus modal.

Hahahah..

Nasihat saya:
1. Cari Ilmu, laburkan sedikit wang untuk hadiri seminar saham.Cari seminar yang murah dahulu sebelum pergi ke kelas advance kerana di kelas tersebut anda akan dapat ramai kenalan dan boleh berkongsi pengalaman. Antaranya https://www.mahersaham.com, 
www.asriahmadacademy.com. Sifu-sifu saham boleh rujuk di website majalah labur.

2. Joint telegram saham yang diberikan secara percuma.
Antaranya 3ruds. Perincian boleh klik http://3ruds.epinula.com.
Ada juga telegram alliance stock dan kenalah rajin usaha untuk joint telegram-telegram ini.
Apapun yng dibincangkan dan dicadangkan di telegram risiko adalah tanggungjawab anda sebagai pelabur.  Kerana itu ilmu kena ada, tidak boleh telan bulat-bulat.

3. Baca buku-buku saham walaupun anda pun tak faham. Wajib rajin membaca.

4. Hadirlah kelas yang advance, spesifik yang mengajar anda mengenia teknikal analisa saham. (Saya belum joint). Apa yang saya perhatikan mereka yang hadir kelas saham lebih yakin berurus niaga serta kadar kerugian lebih rendah berbanding yang tiada ilmu.

Saham walaupun kita pakar tetapi kadangkala ada jua yang kecundang cuma tahap kecundang dapat dikurangkan.

Yang Penting!...
*Guna wang sendiri untuk melabur saham (jangan pinjam)
*Guna wang lebihan untuk labur saham (jangan guna wang sekolah anak, duit dapur dan sebagainya)
*Hati ke cekal, minda kena tahan, jangan ikut nafsu melabur nanti lebur.

Ok. Setakat itu sahaja sedikit perkongsian.

Salam perkongsian
Kongsi dari pengalaman

-Aishah Ghani-







Comments

  1. aslmkm puan. sy nk tnya bbrp soalan.

    1) apakah step2 utk start main saham?

    2) adakah wajib appoint remiser?

    3) apakah caj-caj yg perlu dibayar masa urusan jual-beli saham?

    4) bgmn nk beli saham syrkt antarabanga spt Google, Microsoft, Apple, Tesla dsbnya ?

    ReplyDelete

Post a Comment