Assalamualaikum & salam sejahtera,
Salam Jumaat...
Sementara mood menulis masih ada. Ramadhan kena banyak menulis di blog sebab ia kira sedekah ilmu.
Kali ini saya nak kongsikan kepada pembaca yang ada duit lebih banyak sedikit dan duk simpan dalam bank diam2 je.
Banyak sikit maksud saya RM5K ke atas. Walaupun sesetengah orang menganggap banyak sedikit adalah RM20 ribu, RM30 ribu atau ratus ribu. Duit yang kita simpan untuk masa hadapan. Sebelum bercakap mengenai Pelaburan Simpanan Tetap dan Money Market. Meh review sikit.
1. Kalau ada RM1,000--> boleh mulakan pelaburan di unit trust /unit amanah. Untuk jangka masa sederhana-panjang. Cth pergi haji (5 thn lagi), pendidikan anak2 7 tahun lagi dan sebagainya.
2. Kalau ada >RM100,000 dan duit tersebut akan digunakan dalam tempoh (2-5 bulan). Jadi, boleh dilaburkan ke Pelaburan Simpanan Tetap atau Money Market (unit trust).
Kelebihan Simpanan Tetap\fixed deposit:
1. Tempoh matang yang singkat dan boleh jual (sesetengahnya menawarkan minimum 1 bulan).
2. Boleh dapatkan pulangan yang menarik.
3. Risiko sangat rendah.
4. Sesetengah bank menawarkan hadiah sewaktu promosi.
Cara ?
1. Boleh dapatkan info di laman sesawang bank @ terus ke bank berkenaan. Saya link ke public bank dan Alliance bank.
2. Rujuk customer service dan dapatkan penerangan yang jelas..
3. Lagi elok jika kita melabur di bank yang kita telah ada akaun. Lebih mudah proses dan boleh kredit ke akaun apabila ingin menebusnya/tamat tempoh.
Tak sah kalau tak nampak gambar kan?..kejap-kejap saya cari gambar dulu...
Ini adalah contoh resit yang kita akan dapat setelah membuat simpanan tetap:
Dan ini adalah penyata yang akan dihantar ke rumah apabila simpanan akan matang:
Nota: Gambar adalah jumlah simpanan yang berbeza.
Islamic ke ni?..
Jawapan: Iya. Sebelum kita memilih untuk membuat sebarang simpanan dan pelaburan mesti terlebih dahulu sahkan.
Kadar pulangan yang ditulis adakan jaminan?
Tidak. Ia bergantung kepada prestasi. Anggaran sahaja. Yang pasti modal tidak akan hangus.
Nampak tak apa yg ingin saya sampaikan?
Nampak?
Kalau tak nampak bolehlah cuba dahulu dan akan terang lagi bersuluh. Saya telah mencubanya semasa mendapat duit pinjaman JPA. (hahaha). Tahun 2 di Universiti sekitar tahun 1998 dan saya laburkan di simpanan tetap Bank Rakyat.
Sejak bekerja saya banyak laburkan ke unit amanah. Tetapi jika ada duit lebih yang saya akan guna dalam beberapa bulan maka saya buat simpanan tetap.
Ok itu sahaja. Macam gelap je skrin ni. ..
Rehat dahulu nanti saya sambung di blog yang lain untuk pelaburan singkat melalui Money Market (Patuh Shariah)..Part 2 [sila klik]
Sekian, terima kasih.
-Aishah Ghani-
#BerkongsiDariHati
#BerkongsiDariPengalaman
Jumaat: 1:50pm.

Fixed investments in the money market offer stability and liquidity. How Watch Iplayer These short-term instruments, like Treasury bills and commercial paper, are low-risk options for investors seeking capital preservation and steady returns.
ReplyDelete