Pelaburan Tetap & Money Market :Part 2

Assalamualaikum & Salam Jumaat buat semua pembaca, 

Seperti yang saya janjikan.
Part 1 mengenai fixed deposit dan Part 2, saya sambung dengan unit amanah jenis money market.

Unit amanah ni ada beberapa jenis iaitu ekuiti, bond/sukuk dan money market. Kali ini saya ingin ceritakan sedikit mengenai money market (MM).

Kenapa pilih money market?

1. Risiko rendah dan kadar pulangan juga agak rendah
2. Sesuai untuk parking sementara duit tersebut. Contohnya duit akan digunakan dalam tempoh 1 -2 bulan atau lebih. Sekiranya ingin melabur di unit amanah ekuiti, agen akan mencadangkan minima 3 tahun - 5 tahun.
3. Boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.

Kali ini saya kongsikan MM di bawah Public Bank. Boleh juga anda usha bank lain jika telah ada akaun di bank tersebut. Saya berikan contoh berdasarkan kebiasaan saya berurusan.

MM melalui Public Bank ini diletakkan di bawah seliaan Public Mutual. Dimana jika kita ada akaun Public Mutual Online kita akan lihat akaun MM tersebut. Dengan kata lain dapat melihat keuntungan atau kerugian pelaburan tersebut.


Jom kita ambil contoh dari realiti supaya pembaca mudah faham.

Encik R mempunyai simpanan di Public Bank sebanyak RM150,000.00 hasil dari jualan hartanah. Sementara menunggu kontraktor menyediakan pelan rumah baharu beliau telah disarankan oleh pihak bank untuk meletakkan wang tersebut dengan membuka akaun MM.

Simpanan asal di Public Bank mendapat hibah sebanyak RM25.00-RM38.00 dengan jumlah simpanan RM150,000.00 sebulan dan beliau telah menyimpannya selama 7 bulan.

Beliau telah berurusan dengan pegawai khidmat pelanggan di Public Bank untuk membuka akaun pelaburan tersebut.

Setelah membuka MM selama hampir sebulan dengan pelaburan sebanyak RM100,000.00 beliau telah mendapati  pelaburan meningkat sebanyak RM214.38.

Sebelum simpanan RM150,000- hibah bulanan RM38.00/sebulan
Selepas pelaburan MM RM100,000- keuntungan RM214.38 dalam tempoh 1 bulan

Perlu diingatkan sekiranya Encik R menjual/menebus balik dana MM tersebut barulah beliau dapat menikmati keuntungan sebanyak RM214.38 itu tadi.

Berikut saya paparkan skrin ihsan untuk tatapan para pembaca:

 Untuk lebih terperinci sila rujuk agen yang berkenaan dan juga membaca prospektus.

Sekian dahulu.

Salam perkongsian dari saya & Salam Ramadhan.

Aishah Ghani
#BerkongsiDariHati
#BerkongsiDari Pengalaman


13.12pm. Jumaat- 1June 2018.


Comments

  1. Kalau ada yang pernah memilih money market jom kongsi ..

    ReplyDelete

Post a Comment