Bayar Ansuran Pinjaman LPPSA Guna Akaun 2 KWSP



 Assalamualaikum & salam sejahtera, 

Topik yang ramai pembaca adalah berkenaan LPPSA. Jadi saya kongsikan cara bagaimana menggunakan Akaun 2 KWSP untuk membayar sebahagian ansuran pinjaman perumahan anda. Jika pasangan pencarum KWSP, maka boleh menggunakan Akaun 2 untuk tujuan tersebut. Kalau anda sendiri merupakan pencarum KWSP pun, anda boleh mengeluarkan untuk membuat bayaran ansuran. Tetapi jika duit pasangan lagi seronokkan?..

Cara-cara:

1. Dapatkan baki pinjaman LPPSA yang terkini. Hubungi pegawai yang berkenaan untuk memohon borang. Anda boleh menyemak anggaran baki pinjaman dengan cara. 

  a. Login

  b. Kalkulator>penyelesaian awal

2. Isi borang KWSP untuk pengeluaran akaun 2 bagi tujuan pembayaran sebahagian. Pegawai akan menghantar/emel borang tersebut.

3. Lengkapkan borang dan pos. Jangan lupa imbas sebelum pos. Borang yang diimbas boleh diemel kepada pegawai yang berkenaan. Alamat pengeposan sebagaimana dinyatakan pada borang.

  :: Jangan lupa semak kelayakan pengeluaran akaun 2 bagi tujuan tersebut. Pastikan jumlah yang tepat bagi mengelakkan borang tidak diproses atau permohonan gagal.

4. Tunggu penyata dari KWSP berkaitan pengeluaran Akaun 2 bagi tujuan tersebut.(Sekitar 1 bulan)

5. Selepas mendapat penyata yang mana pengeluaran untuk penyelelesaian awal LPPSA,  emel penyata kepada pengawai yang menguruskan untuk kemaskini. Sekiranya telah dikemaskini, anda tidak perlu e-mel. Emel sekiranya penyata atas talian anda tidak menunjukkan pembayaran tersebut.

6. Semak baki penyata LPPSA atas talian.


Nota: 

Walaupun baki pinjaman anda RM 100,000.00, anda boleh menjelaskan sebahagian atau sedikit dari jumlah tersebut menggunakan Akaun 2 KWSP. Contohnya RM20,000.00 dan sebagainya. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat. 

Sekian, salam perkongsian.


Kongsi dari pengalaman-

::Aishah Ghani::

28 Oktober 2020.

Comments

Post a Comment