Soal Jawab Takaful Bagi Pinjaman Perumahan Kerajaan-->LPPSA

Assalamualaikum & Salam Jumaat...

Lama tidak menulis.
Lama tidak berkongsi.
Masih berkisar mengenai takaful bagi pinjaman perumahan kerajaan atau kini dikenali dengan ringkasan LPPSA.

Jom layan soalan-soalan berkaitan.

1. Apa takaful yang paling bagus?

Semua takaful hampir sama faedahnya. Yang membezakan jumlah perlindungan apabila perlaku bencana/kematian.

Apabila membuat calculator perumahan, lihat juga jumlah gantirugi apabila berlaku bencana seperti kebakaran atau bencana lain. Kadangkala takaful hanya memberi perlindungan pinjaman untuk kematian peminjam sahaja.


2. Jika beli rumah siap/sub sale dikenakan takaful juga ke?
Ya. Sebarang pembelian rumah yang melibatkan pinjaman perumahan KECUALI anda membayar tunai.

3. Kalau saya pilih Takaful xxx, bukan Takaful Malaysia, saya dapat rebet tak?

Saya hanya agen bagi Takaful Malaysia sahaja dan rebet dikongsi dengan tuan/puan dari komisen yang agen perolehi.Tetapi sebagai panduan asas:

i. Dapat sekiranya anda berunding terlebih dahulu dengan agen hartanah untuk dapatkan komisen.
ii. Sukar untuk dapat sekiranya anda membuat pinjaman perumahan melalui bank. Ini kerana biasanya bank mempunyai takaful mereka sendiri.

Untuk seseorang agen takaful atau agen hartanah memberi rebet kepada pembeli/peminjam bukanlah WAJIB.


4. Berapa rebet yang akan diberikan kepada saya selaku pembeli rumah?

Sebagai agen Takaful  Malaysia saya menjanjikan 1-2 % dari jumlah takaful yang anda bayar.

Cth: Rumah RM230K. Pinjaman RM230K. Umur 30 tahun. Lelaki. Tempoh pinjaman 30 tahun. Bayaran takaful RM10,201.00. Rebet yang akan RM150.00

Klik di  sini untuk pengiraan di Takaful Malaysia.

5. Jika saya membeli rumah dan membuat pinjaman bersama pasangan adakah kedua-kedua boleh terima rebet?

Ya. Berdasarkan jumlah pinjaman & juga takaful yang dibayar.

6. Adakah rebet WAJIB diberikan kepada peminjam/pembeli rumah?
Tidak.

7. Saya bercadang akan membuat pinjaman perumahan dalam waktu terdekat. Apa saya mesti lakukan untuk dapatkan rebet/kongsi komisen?

Hubungi saya di 016-2109403 jika anda belum mengisi borang LPPSA atau belum membuat tempahan dengan agen hartanah. Saya akan maklumkan satu persatu.

Diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada pembaca yang bakal membeli rumah. Rumah besar atau rumah kecil, rumah murah atau rumah mahal, yang pasti dapatkan manfaat yang boleh anda miliki.

Salam Jumaat & Salam Perkongsian~~~

Aishah Ghani




Comments

  1. Hingga Mac 2017, saya akan menawarkan komisen yang lebih tinggi kepada pembeli yang berjaya. Jagan segan2 untuk hubungi saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam puan,saya memilih Takaful Malaysia. belum submit lagi borang permohonan LPPSA. Boleh bantu saya berkenaan rebet ini?

      Delete
    2. Salam puan,saya memilih Takaful Malaysia. belum submit lagi borang permohonan LPPSA. Boleh bantu saya berkenaan rebet ini?

      Delete
    3. Sekadar bertanya untuk penjelasan...
      Bagaimana dengan pemansuhan gst pada 1/6/2018... Saya baru sahaja menerima borang setuju terima dan belum lagi ditandatangani...saya mendapati takaful xxxx telah menolak gst secara langsam sebanyak 16 ribu selama 31 tahun...jadi penambahan loan pinjaman saya bertambah setelah ditambah dengan harga rumah...
      Apakah tindakan jika saya membatalkan insurans yg lalu(belum memandatangani)...dan memperbaharui insurans tanpa gst bermula 1/6/2018...

      Delete
    4. Adalah lebih baik tuan/pun menghubungi LPPSA. Apabila tiada GST banyak yang akan jimat iaitu yuran guaman, yuran penilaian dan lain2 duti setem. Ia bukan sekadar takaful sahaja. Penangguhan pembelian rumah tersebut perlu dilihat kesan perjanjian dengan penjual/pemaju.

      Delete
  2. I read this article. I think You put a lot of effort to create this article. I appreciate your work.
    prudential takaful

    ReplyDelete
  3. Untuk makluman ramai yang wasap berkenaan loan LPPSA. Saya bukan lagi agen Takaful Malaysia bagi LPPSA. Telah ditamatkan semua agen individu bermula 1 April 2017.

    ReplyDelete
  4. nilai takaful berbeza . adakah bagus sekiranya kita pilih yang paling murah

    ReplyDelete

Post a Comment