Berkongsilah cara anda dapat duit sampingan!!!...

Assalamualaikum wbt...
Salam Jumaat dan salam di hari penghulu segala hari..

Semoga semua pembaca dilimpahkan keberkatan dalam rezeki, kesihatan dan masa yang ada.

Hari ni saya ingin ajak para pembaca untuk berkongsi cara, kaedah, pengalaman masing-masing dalam menambah pendapatan.

Kenapa saya terfikir untuk tulis tajuk ini tanpa dirancang?

Jawapan: Minggu lepas ada staf yang datang berjumpa saya bertanya cara membeli rumah, proses-proses terlibat dan sebagainya.

Kemudian hari ini sahabat saya pula bertanya tentang cara-cara *******dalam urusan kerja  kerana katanya dia dah tanya banyak kali pada sahabat yang lain tetapi susahnya orang nak ajar.

Moralnya: Jangan kedekut ilmu, pengalaman, cara, kaedah dan sebagainya.

Kalau kita tiada blog, kita kongsi di fb.
Kalau kita tiada fb, kita kongsi di WA.
Kalau tiada WA, kongsi di emel group kawan-kawan.

Kongsi apa yang bermanfaat untuk mereka. Jika mereka amalkan, insha Allah kita akan dapat pahala berganda-ganda, berterusan.

Kalau kita pandai cari duit, kita jangan kedekut kongsi. Kadangkala kita takut nak bagitau kawan kita, saudara mara kita sebab takut disindir "show off", takut dituduh "macamlah pandai sangat dan macam-macam perasaan  takut.

Hmmm...panjang lebar pula saya tulis. laju je setelah hampir 2 bulan saya tak kesempatan menulis.

Di blog ini saya kongsikan cara saya urus wang, cari wang dan seangkatan dengannya. Secara separuh masa saya adalah konsultan unit amanah dan konsultan takaful mymortage (pinjaman perumahan kerajaan sahaja). Kalau nak tanya boleh emel, WA atau PM.

Ada yang bertanya pada saya kerap cari client ke? Ramai pelabur ke?
Jawapan: Tak. Sebab saya jadi konsultant untuk ilmu, ilmu yang saya akan kongsi dengan rakan-rakan dan pembaca cara urus wang. Kerja hakiki saya adalah pustakawan dan konsultan adalah sambilan untuk berkongsi ilmu. Kerjaya konsultant adalah kepuasan untuk kita membantu sesama insan.
Kerjaya konsultan membuat saya gembira menulis di blog!...

Ok. Dah panjang lebar sangat. Buat masa ini saya bersemangat untuk bantu semua orang bagi mendapatkan komisen takaful apabila membeli rumah menggunakan pinjaman kerajaan.

Jangan segan untuk bertanya!...

-Salam perkongsian_
-Salam Jumaat-Salam sayang buat semua pembaca--

Aishah Ghani-


Comments