Beli Rumah Dapat Duit RM100-RM200


(Gambar diambil dari http://www.desaindenahrumah.com_

Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Semoga kita semua dianugerahkan kesihatan..kelapangan dan kegembiraan..

Kali ini saya ingin kongsikan cara dapatkan duit poket apabila anda/pasangan membeli rumah dengan membuat pinjaman perumahan. Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri membeli rumah pada akhir 2014 & pada waktu itu saya rajin mengoogle untuk untukdapatkan penjimatan/manfaat apabila  membeli rumah. Jadi saya ingin kongsikan dengan para pembaca.

Perasan atau tidak apabila anda membuat loan perumahan akan diWAJIBKAN Takaful perumahan/insuran rumah (konvensional).Dari takaful/insuran itulah saya akan jelaskan bagaimana. Jadi, secara ringkasnya:-

1. Jika anda buat loan perumahan SPPB, key in sendiri borang anda dan cari agen Takaful perumahan sama ada Takaful Malaysia, EtiQa, etc. (Jika membuat loan bank borang permohonan pinjaman diisi sendiri).

2. Sebelum serah kepada HR/ buat salinan borang permohonan loan dan serahkan kepada agen takaful perumahan.

* Diskus dengan agen untuk dapatkan komisen. Tips nya:-
Jika loan RM200K dan ke bawah cuba bincang untuk -+RM100.
Jika RM200-300K-->RM150-RM200
dan seterusnya..
(bergantung kepada jumlah takaful yang anda bayar)

INGAT!!.....Ini adalah SEBELUM anda hantar borang ke HR/pengesahan majikan bagi kakitangan swasta.
Jika anda menyerahkan kepada agen selepas borang dihantar ke HR/majikan agak tipis untuk mendapat duit poket..


3.Setelah mendapat surat akuan, pengesahan majikan dan lain-lain dokumen sokongan, serahkan  salinan kepada agen tersebut SEBELUM anda mengepos/menghantar borang permohonan pinjaman atau menyerahkan kepada peguam.

INGAT!!! kadangkala peguam/agen perumahan menawarkan diri untuk mengisi borang permohonan pinjaman kerana akan dapat komisen dari pihak takaful. Jadi, apa salahnya anda peruntukan sedikit masa isi sendiri dan dapatkan imbuhan untuk diri anda.

4. Bagaimana nak pastikan agen takaful mendapat komisen dari permohonan anda?
Sukar dipastikan jika mereka menipu, tetapi etika sebagai agen mestilah jujur dan jika mereka mendapat hak komisen ke atas pinjaman anda bermakna anda juga dapat menikmatinya.

Jika agen mengatakan tidak mendapat komisen tersebut?

Cuba anda fikir-fikirkan, adakah borang pinjaman anda diserahkan kepada orang lain (sahabat/jiran/majikan/etc) sebelum anda serahkan kepada agen takaful?

Jika "ya" bermakna benarlah jawapan agen takaful/insuran tersebut. Anda terlepas peluang untuk mendapat duit poket.

Harap berkongsian pengalaman ini memberi manfaat kepada anda.

Jika anda bercadang membuat pinjaman perumahan SPPB, hubungilah saya . Insha Allah saya akan membantu anda dapatkan duit poket!!...

Belajar dari pengalaman, pengalaman untuk dikongsi...

~~Salam perkongsian~~~
Salam Jumaat..








Comments

  1. Jika pembeli dah sign dengan lawyer. Dan insurans dah apply dgn etiqa. Tapi semua pembeli urus sendiri. Bukan agent uruskan. Jika org dalam, penoling lawyer membuat side income. Dengan claim insurans etiqa itu sebagai komisen mereka? Sebab info2 pembeli ada pada mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah penolong lawyer itu akan dpt commision? Dsebabkan pembeli hanya apply sendiri dan tk claim commision. Org dalam lebih bijak menhgunakan peluang. Wang commision akn diberi kpd mereka ke?

      Delete

Post a Comment