Ringkasan Buku "Perancangan Pelaburan Hayat" Slot 2

Salam sejahtera buat semua...


Bagi penjawat awam & rakan-rakan akan menerima gaji baru pada April ni....
Bagi pekerja di sektor swasta jangan resah jika gaji tak naik-naik...
Yang penting simpanan mesti ada untuk masa depan...

Jom sambung slot kedua ringkasan buku di bawah:-{klik untuk slot 1}

Penulis: Anuar Haniff dan Dr Mohd Nizal Haniff
Harga: RM29.90
ISBN: 978-967-5428-31-9


Dalam slot ke-2 ini, ringkasan portfolio pelaburan yang sesuai mengikut umur:

- Umur 20-30 tahun- pembinaan kekayaan
- Umur 30-40 tahun- penjaminan kekayaan
- Umur 40-50 tahun- pengumpulan serta pengekalan kekayaan
- Umur 50-76 tahun- pengecapan serta pengagihan kekayaan

20-30 tahun

Pada umur ini baru memasuki alam pekerjaan & persiapan simpanan untuk tujuan perkahwinan & keluarga.

Keperluan kewangan utama:
- Bayar PTPTN
-Membantu ibu bapa
- Persiapan imej & perkembangan kerjaya

Pelaburan di usia muda akan membantu anda untuk memperolehi compounded dividend/interest.

Persiapan:-
* Tubuh dana kecemasan yang mampu menampung perbelanjaan anda selama 3-6 bulan.
* Bina kekayaan melalui skim KWSP
* Membina kekayaan melalui konsep leveraging.


Umur 30-40 tahun

Pada umur sebegini, fokus kepada mencari peluang meningkatkan pendapatan & menggunakan kreativiti + inovasi untuk meningkatkan kekayaan.

Cara-cara:
* Bina platform pendapatan pasif dimana wang bekerja untuk anda!. Contoh pendapatan pasif seperti menyertai MLM, menjadi ejen unit amanah etc.
* Memaksimumkan pendapatan pelaburan KWSP.

Contoh:
- Mulakan pelaburan awal untuk compunded divident/interest
- SSPN, PRUmychild dan sebagainya.

Umur 40-50 tahun

Pada usia ini adalah saat anda mengurangkan hutang, pendapatan untuk aktiviti riadah, wasiat & pengagihan harta serta lebihkan penjagaan kesihatan.

Contoh:-
- Skim anuiti atau takaful
-Melabur dalam amanah saham
- Bon simpanan warga emas oleh Bank Negara


Di dalam PPH juga dinyatakan strategi+ peluang pelaburan bagi orang kaya muda

1. Pelaburan di usia muda bagi memperolehi compounded dividend- jangan berlengah-lengah.
2. Mulakan pembinaan platform kekayaan secepat mungkin.
3. Carilah mentor serta tambah ilmu dalam soal kewangan.
4. Mulakan pelaburan ekuiti amanah saham.
5. Mulakan pelaburan pemilikan rumah/hartanah.

"Selamat menambah Ilmu!"...saya doakan semoga sedikit yang saya kongsi ini dapat menjadi panduan untuk semua pembaca agar menimba ilmu kewangan lebih banyak. Saya terlewat menyedari mengenai compounded & juga pelaburan hartanah. Di usia 30-an barulah mengorak langkah memahami pelaburan amanah saham, hartanah dan sebagainya. Kerana itu peluang yang saya ada dengan kelas-kelas oleh pihak bank mendorong saya berkongsi dengan anda semua..

Salam buat semua.. hingga berjumpa di lain slot..

Comments

  1. aishah...kwsp aku dah abis. kau punyya unit trust ni berapa rm for start. pas tu top up nyer berapa?

    ReplyDelete
  2. Permulaan RM1,000 shj dan kalau nak tambah RM100 minimum.Pelaburan tunai.
    Kalau pelaburan KWSP buka akaun RM1,000.00 dan tambahan pun RM1,000.00. Boleh tambah setiap 3 bulan KWSP benarkan.

    ReplyDelete

Post a Comment