Buku PERANCANGAN PELABURAN HAYAT: Slot 1


Rancang dan laksana pelaburan anda sekarang, demi masa depan yang bahagia lagi tenang
Penulis: Anuar Haniff dan Dr Mohd Nizal Haniff
Harga: RM29.90
ISBN: 978-967-5428-31-9








Buku ini menerangkan strategi pelaburan bagi semua peringkat umur termasuk pelaburan syariah dan strategi orang kaya muda.

Saya akan ringkaskan kepada 2 slot untuk para pembaca. Semoga ianya dapat membantu anda merancang pelaburan anda.  Dengan membaca buku ini, anda akan perolehi:
·        * Asas Perancangan Pelaburan Hayat (PPH)
·         *Perbezaan simpanan dan pelaburan
·         *Mempelajari cara membina portfolio mengikut 3 peringkat umur (20-30; 30-50; 50-70)
·         *Strategi pelaburan khas golongan muda
·         *Amalan pelaburan bijak yang perlu dilakukan dengan mengurangkan risiko


SLOT 1: Asas Pelaburan

Pelaburan berbeza dengan simpanan.
Simpanan di mana tujuan utama kewangan seseorang adalah untuk  melindungi nilai atau preserve wangnya di samping mengurangkan perbelanjaan  (seperti meletak lebihan wang di akaun banknya dengan pulangan yang minimum).

Pelaburan berlaku apabila seseorang berusaha untuk membuat wang ‘bekerja lebih kuat untuknya’

Jenis-jenis Pelaburan Syariah

i.                     Unit Amanah Saham Islam
- seperti pelaburan jangka sederhana & panjang.
- tempoh yang digalakkan 3-5 tahun (tempoh sederhana) dan melebihi 10 tahun untuk jangka panjang.
-Contoh- Public Ittikal-pulangan 224% pada 22 April 2010 berbanding sejak 9 Mei 1997.
-Public Islamic Equity Fund (skim KWSP)- pulangan 85.68% pada 23 April 2010 (jika dibandingkan sejak 17 Jun 2003).

ii.                   Saham Ekuiti Islam
iii.                  Tabung Haji
iv.                 Deposit Pelaburan Islam- Contoh Bank Rakyat
v.                   Hartanah-Pembiayaan hartanah atau perumahah yang Syariah seperti untuk membeli kediaman.

Dalam buku ini juga mengutarakan “Amalan  Pelaburan Yang Bijak”

5 perkara pelaburan yang patut dilakukan:

i.                     Mempunyai dan melaksanakan pelan pelaburan
- Pelan pelaburan harus dibuat supaya kita mempunyai arah dan tujuan kita melabur daripada awal hingga akhir aktiviti. Contoh pelabur muda yang melabur untuk persiapan perkahwinan mereka dalam tempoh 5 tahun akan datang dan sebagainya
-      Komponen utama adalah- matlamat/objektif, tempoh pelaburan, pulangan pelaburan dan risiko yang boleh diambil.

ii.                   Melabur dalam apa yang mudah anda fahami dan dekat di hati
-          Anda mesti fahami bagaimana keuntungan dijana, asal sumber yang halal dan sebagainya.
iii.                  Elakkan diri dari Skim Cepat Kaya
iv.                 Jangan melabur berdasarkan Hot Tip atau khabar angin semata-mata
v.             Mempelbagaikan pelaburan anda- Bak kata sesetengah pakar dalam pelaburan “jangan letak semua telur dalam satu bakul”
-          Pelaburan yang berbeza terdedah kepada tahap risiko yang pelbagai dan dengan mempelbagaikan pelaburan andaia diimbangi oleh pelaburan lain.
-          Contoh melabur dalam bidang hartanah, unit amanah saham dan juga bon.

Untuk mengetahui secara lebih lanjut, bolehlah membaca buku ini. Bagi bab lain di dalam buku, sudilah ke slot ke-2 (tunggu hujung minggu akan datang....)

“Terima kasih kerana meluangkan waktu menambah ilmu”. Apapun cadangan dalam buku ini, dalam membuat pelaburan jangan abaikan pelaburan yang patuh Syariah bagi orang Islam.





Comments

  1. Mohon maaf buat pembaca semua, slot 2 tidak sempat taip kerana out station.InsyaAllah jika sempat saya akan masukkan slot 2..Harap bersabar

    ReplyDelete

Post a Comment