Membuat simpanan tetap secara online banking

 Assalamualaikum & salam buat semua pembaca, 

Kali ini saya ingin kongsikan bank yang mempunyai kaedah membuat simpanan tetap (fixed deposit-FD)  tanpa berurusan dengan pihak bank. 

Kekangan semasa pandemik ini menyukar untuk kita berurusan di bank. Jadi bagi yang ada simpanan lebih berbentuk tunai di bank bolehlah mula merisik untuk membuat simpanan tetap (FD). Memanglah simpanan tetapi tudak begitu memberangsangkan tetapi daripada ia berada pada akaun simpanan sebaiknya ia ditukar ke FD. 

Ini antara bank yang sempat saya explore untuk membuat FD secara atas talian sepenuhnya.

1. Maybank-Ada maklumat, ada butang permohonan, tetapi gagal kerana apabila memohon terpaksa mengisi semula alamat emel, alamat semasa dan sebagainya. Dan sistem menyatakan maklumat tidak tepat. setelagh beberapa percubaan, saya berputus asa.

2. Bank Rakyat- Tiada butang atau info untuk membuat transaksi FD

3. Public Bank-Ada maklumat, ada butang/dipapar tetapi gagal kerana dimaklumkan saya tidak mempunyai nombor akaun untuk simpanan tetap. Sedangkan 3 tahun lalu saya telah membuat simpanan tetapi tetapi melalui sijil.

4. Alliance Bank- BERJAYA tanpa perlu berurusan dengan pegawai bank. Cukup dengan transaski dan terus terpapar pada akaun saya maklumat dan jumlah peaburan serta jumlah pelaburan terkini setelah hampir sebulan saya membaut FD. 

 Dari 4 bank di atas 1 berjaya. Jika anda memiliki akaun bank lain, bolehlah mencuba untuk membuat pelaburan FD. Jika ada Maybank atau Alliance bank pun boleh mulakan simpanan FD.

Sekian, sedikit perkongsian semoga bermanfaat.

Kongsi dari pengalaman

Aishah Ghani




Comments

Post a Comment