Mana satu pelaburan yang sesuai?

Assalamualaikum & salam sejahtera, 

Mana satu pelaburan yang sesuai untuk anda?

Salah satu minat saya yang mendalam adalah dalam bidang pelaburan. Jika ada pelaburan yang menarik saya akan mula membuat pembacaan dan rujukan sama ada bahan atas talian atau bahan bercetak.

Nak melabur kenalah peruntukan wang untuk ilmu sebelum lebur wang.

Di bawah ini saya ringkaskan jenis pelaburan, kadar pulangan dan ciri pelabur yang sesuai macam mana. Tetapi ia ringkas sahaja. Jika nak mulakan pelaburan kenalah cari yang pakar dan buatlah kajian.


Jenis

Institusi

Minima pelaburan

Tempoh

Pulangan

Kategori pelabur

1.     Simpanan tetap

Bank

1000.00

(sekiranya jumlah yang banyak tempoh minima akan disingkatkan).

 

>3

(setiap bank berbeza kadar dan tempoh)

1-3% setahun

-Selesa

-Tidak kisah pulangan sedikit

-Risiko kerugian 0

-takut rugi

 

2.     Unit Amanah/unit trust

 

Organisasi yang dilantik.

Public Mutual, Kenanga Investment dll

RM1000.00-permulaan

Tambahan pelaburan RM100.

 

(kecualia semasa promosi minima pelaburan kadangkala RM100.00 sahaja.

 

5-8% setahun secara purata.

-Selesa

-Tidak kisah pulangan sedikit

-Risiko kerugian sangat rendah

-Sesuai untuk jangka 3 tahun dan ke atas

- Sabar

 

3.     Saham BSKL

Buka akaun CDS melalui M+, Rakuten, Maybank, OUB dll.

Buka acc RM10.60 tetapi untuk mulakan pelaburan bergantung pada kuanter yang dipilih.

Boleh jual dan beli dalam hari yang sama

Tidak terhad. Mencecah 80% atau 100% dan lebih dalam sehari.

-Hati cekal

-Risiko kerugian tinggi sebagaimana pulangan juga tinggi. 

-Sesuai untuk pelabur jangka pendek dan jangka panjang.

4.     Redeemable Preference Shares

Syarikat tertentu

RM50,000 (bergantung kepada syarikat)

2 tahun

12% @ lebih

-Modal besar

-Selesa

-Risiko kerugian hampir tiada

-Pulangan tinggi sesuai dengan jumlah minima pelaburan.

5.       Private mandate

Syarikat atau bank

RM50,000 (bergantung kepada syarikat)

3 bulan dan ke atas

Tidak terhad. Boleh mencecah hingga 100% setahun.

-Modal besar

-Selesa

-Risiko kerugian pada kadar 5-7%.

-Pulangan tinggi sesuai dengan jumlah minima pelaburan.



Sekiranya ingin mengetahui lebih lanjut boleh emel saya. Insha Allah saya akan memberi maklumbalas setakat yang saya ketahui.

Salam perkongsian. Harap ianya bermanfaat!

Aishah Ghani

~Kongsi dari pengalaman~5:22

Jumaat-


Comments