Urus belanja semasa pandemik

 Assalamualaikum & salam sejahtera, 

Salam Jumaat, 




Di saat semua sedang bersusah payah mencari pendapatan untuk kelangsungan hidup, saya kongsikan bagaimana membuat penjimatan dan menguruskan perbelanjaan semasa pandemik.

Saya tiada pengalaman sepanjang pandemik ini untuk mencari pendapatan lebih, jadi saya tidak dapat kongsikan bagaimana menjana pendapatan sampingan. Insha Allah jika berkesempatan, saya kongsikan pengalaman rakan lain yang membuat pendapatan sampingan. 

Jom, baca dahulu di bawah, semoga ianya bermanfaat:-

* Bagi penjawat awam atau yang bergaji bulanan dan tiada potongan sejak pandemik. Belanja ikut kemampuan dan sesuaikan dengan situasi semasa. 

* Perbelanjaan sedia ada sebelum pandemik dan sepanjang pandemik mestilah berkurang. Kenapa? kerana penjimatan pada belanja tol dan minyak untuk menghantar anak ke sekolah atau ke tempat kerja serta mungkin penjimatan bagi bayaran pengasuh. Selain itu, boleh juga berjimat dengan tidak makan di kedai/restoran. 

*Simpanan kecemasan sedia ada mestilah mencukupi sebagaimana cadangan beberapa pakar pengurusan kewangan agar simpanan kecemasan untuk perbelanjaan selama 1 tahun. Jika belum mulakan, mulakan sekarang!

*Jika pendapatan isi rumah telah ketara berkurang, cuba sesuaikan perbelanjaan dengan pendapatan. Saya yakin ramai mengalami perkara yang sama bahkan lebih teruk. Tetapi sebagaimana kata pepatah "sediakan payung sebelum hujan". Mulakan membuat penyata bulanan perbelanjaan dan pendapatan. Kena rajin, jangan culas. 

*Membaca, membaca dan membaca. Kenapa? Dengan membaca akan memperolehi ilmu lain yang sesuai dengan situasi semasa. Insha Allah apa yang anda baca dapat diamalkan  dan mungkin memberi kesan yang sangat positif. Ilmulah yang membezakan cara mengurus kehidupan. Ilmu dari pengalaman atau ilmu dari pembacaan. Antara buku yang boleh dibaca:

- Rich Dad, Poor Dad

-Panduan Wang Gaji

Banyak lagi buku kewangan yang berada di pasaran.

Tepuk dada, tanya minda. Bagaimana anda ingin uruskan kewangan anda supaya tidak sakit di sepanjang pandemik ini.

Salam sayang dan salam perkongsian!


-Aishah Ghani-

Kongsidaripengalaman

kongsidarihati





Comments

Post a Comment