Assalamualaikum & salam buat pembaca semua,
Awal tahun ini (2021) saya mula berkenalan dengan pelaburan Private Mandate (PM). Saya mula membuat rujukan atas talian. Pada Mac 2021 rasa keinginan membuak buak untuk lebih tahu dan mula berhubung dengan konsultan bagi perbincangan lebih lanjut.
Akhirnya dapat juga duduk semeja untuk memperhalusi PM.
Menarik dan sangat menarik!
Dengan rekod pulangan melebihi 100% dalam setahun mampu mengaburi
mata pelabur.
Bayangkan jika labur RM700 ribu maka untung RM 700 ribu.
Percaya tak?
Mesti rasa tidak percaya kan?
Di bawah ini saya lampirkan jadual pulangan menggunakan apps financial calculator. Saya mengambil purata pulangan 50% setahun
setelah ditolak semua kos yang terlibat dan pelabur tidak mengeluarkan hasil keuntungan dalam tempoh tersebut. Pulangan 50% sesuai dengan jumlah pelaburan yang minima atau sedikit.
Pelaburan RM50K
Pelaburan RM100K
Berdasarkan Rajah-rajah di atas:
Dimana nak dapatkan modal sebanyak RM100K atau RM150K?
Buatlah pelaburan dari sekarang. Sama ada di unit amanah atau di
mana-mana pelaburan yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti (sc). Bila dah
genap RM50K boleh mula melabur di
private mandate (PM). Minima pelaburan di PM adalah RM50K.
Risiko?
Pastinya setiap pelaburan ada risiko. Makin tinggi pulangan makin
tinggi risiko.
Difahamkan prestasi syarikat yang saya hubungi ini risiko adalah -5%
kerugian berdasarkan rekod syarikat.
Pada pandangan saya ia adalah berbaloi dengan rekod kadar pulangan yang begitu tinggi.
Semoga perkongsian ini boleh memberi manfaat kepada para pembaca
untuk mula bersemangat untuk melabur dan biarkan “wang bekerja untuk anda”.
Doakan juga supaya saya dapat menjadi konsultan/marketing team untuk Private Mandate.
Salam perkongsian
::Aishah Ghani::
Terima kasih kerana berkongsi informasi ini. Sangat membantu untuk kesedaran semua.
ReplyDeleteSama-sama dan terima kasih kerana berkunjung ke blog saya.
Delete