Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Sekian lama tidak menulis di blog ni.
Harap ini bukan post terakhir bagi tahun 2018.
Disember
biasanya sejak bertahun-tahun lama adalah bulan saya fokuskan pada:
· ~ Akaun
kewangan peribadi
· ~Mengira
zakat pelaburan dan simpanan yang perlu.
· ~Menyusun
pendapatan dan perbelanjaan semasa serta
· ~Membuat
sasaran kewangan pada tahun berikutnya
·
Akaun
kewangan peribadi yang meliputi pendapatan dan perbelanjaan bulanan yang
dikumpulkan menjadi tahunan. Tujuannya untuk melihat sejauh mana perbelanjaan
boleh dikurangkan pada tahun seterusnya jika
bagi memenuhi sasaran tahun 2019.
·
Setelah
membuat penyata , bolehlah menumpukan kepada simpananan dan pelaburan untuk
membuat pembayaran zakat
harta/simpanan/saham. Dengan zakat tersebut boleh diberikan kepada
saudara mara yang berkelayakan. Ini membantu mereka membeli keperluan
persekolahan anak-anak.
·
Kalau
dah buat akaun kewangan kenalah susun pendapatan dan perbelanjaan semasa. Semak
cuti dan rancangkan jumlah peruntukan yang perlu. Semak aktiviti atau
keperluan/matlamat pada tahun 2019. Seperti pendaftaran sekolah anak, keperluan
menunaikan umrah dan sebagainya. Sasaran kewangan tahun 2019 perlu dibuat awal bagi membantu anda mencapai matlamat. Sekiranya perbelanjaan yang lebih banyak diperlukan, maka lebih lama ia perlu dirancang.
Comments
Post a Comment