Pulangan Unit Amanah

Assalamualaikum & Salam sejahtera.

Nak ringkas je..

Gambar di atas adalah skrin public mutual online (bagi pelabur unit amanah).
Kadangkala pelabur ni apabila mereka dapat penyata mereka sendiri pun tidak faham.

Jadi skrg saya ingin kongsikan maksud gambar penyata di atas.

Market Value of current holdings (RM)=Jumlah nilai semasa (harga semasa x unit semasa yang dimiliki)

Amount Paid=Jumlah yang dilabur (modal) RM14,200.00

Distribution (sen/unit)
Contoh 1. 
Bagi gambar di atas 0.50=1/2 sen seunit (tdk sampai 1 sen)
Jumlah unit semasa tahun 2018 =42,859.61

Agihan 2018 pada 31/7/2018
0.005x 42,859.61= RM214.29805 (RM214.30)

:: Jumlah agihan pada tahun 2018 adalah RM214.30


Sekiranya agihan sebanyak 2.25 (sen/unit) pada tahun 2019
Bermaksud 0.0225 x jumlah unit semasa

Jika unit semasa 42,859.61, jadi agihan adalah 
0.0225 x  43,416.09 unit =RM976.86

Faham ke?

Sekiranya harga dana naik maka nilai market value juga akan bertambah.

Sebagai pelabur saya lebih suka mengira berapa peratus.
Kalau %; jadi kiraan:

RM976.86/RM14200 = 6.9%
Walaupun ia tidak menepati perkiraan agihan dividen & bonus semasa tetapi sebagai pelabur kita akan kira jumlah yang kita dapat berdasarkan Amount Paid (jumlah yang kita labur).

Lebih mudah dan senang kan?

Rata-rata pelabur tidak akan bertanya berapa sen agihan setiap unit. Tetapi mereka akan bertanya berapa %. Semakin tinggi jumlah agihan sen, maka semakin tinggi % keuntungan yang diberikan kepada pelabur.

Berdasarkan jumlah di atas:
Jumlah pulangan terkumpul: RM2493.49
Modal: RM14,200.00
% pulangan terkumpul selama 7 tahun =17.56%

Jelas?
Dah jelas, saya harapkan para pelabur unit amanah boleh membuat kiraan sendiri pagi setiap pelaburan. Sebagai pelabur kita kena tahu berapa banyak yang kita perolehi.

Sekian, dahulu & salam perkongsian dari saya semoga ianya bermanfaat.

#sayapelaburunitamanah
#kongsidaripengalaman

-Aishah Ghani-

Comments