Disiplin Diri Elakkan Poket Bocor

Assalamualaikum & salam buat pembaca,

Salam Jumaat...

31 Syawal 1439H..

Pendeknya hari ini saya ingin kongsikan.

Walau sebanyak mana kita baca blog, baca buku kewangan, baca fb tetapi jika tiada kemahuan maka kita tetap gagal uruskan duit.

Penat cari menaip
penat mulut menasihat
tetapi masih mahu ikut cara sendiri yang menjerat diri

Bila dapat gaji:

1. Simpan
2. Bayar hutang
3. Belanja

BUKAN

1. Belanja
2. Bayar Hutang
3. Simpan


Ringkasnya begitu..

* Simpan walau sedikit.
Jika hutang terlalu banyak, belajar mengurus hutang. Kurangkan hutang dan elakkan hutang baharu.
Bukannya hutang baru untuk menutup hutang lama..

* Kurangkan bergaul dengan kawan2 yang kuat shopping/berbelanja. Khuatir takut tempias terkena.

* Kawal nafsu. Nafsu makan, nafsu menunjuk2 yang kita mampu dan berkemampuan. Nafsu berbelanja. Sedih saya lihat, ada yang tak mampu ke Kopitiam, tetapi tetap pergi kerana 'namanya' dan melihat rakannya merasa "kopitiam'. Ada yang sebenarnya poket tidak mengizinkan dia melancong tetapi gara-gara meihat rakan-rakan melancong, maka kering kontang simpanan dan kecemasan semata-mata ingin wujudkan persamaan.

Hiduplah dengan cara kita mampu. Jika tidak mampu kawal nafsu, buangkan jauh-jauh yang berkaitan. Saya sendiri follow butik branded di fb, follow intagram geng-geng melancong. Tapi Alhamdulillah Allah berikan kekuatan untuk mengukur baju di badan sendiri.

Ikut kemampuan masa dan kewangan. Jadilah follower sekadar cuci mata.

Sekian, bahagia dan sengsara dari diri kita sendiri.

Selamat mengurus poket.

-Salam perkongsian-
Aishah Ghani




Comments