Mengurus Bajet untuk Melancong

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Selamat hari Jumaat dan pastinya esok cuti bagi yang bekerja.

Ok.. Mood balik dari bercuti masih ada. Baru bercuti dan teringin lagi bercuti..
Kali ini saya kongsikan cara saya membuat bajet dan simpanan untuk bercuti. Sebenarnya cara simpanan ini sesuai bagi yang jarang-jarang membuat simpanan.

Saya memang jenis yang menyimpan setiap bulan dan asingkan akaun mengikut matlamat.

Ada orang suka booking tempat dahulu baru simpan.
Ada jenis simpan dahulu baru booking tempat yang ingin dilawati.

Anda jenis yang bagaimana?

Percayalah jika booking dahulu baru simpan pasti tujuan tersebut akan dapat dilaksana kerana ia "terpaksa" menyimpan.

Dalam Negara-

1. Booking tiket promosi
2. Baru uruskan pencarian penginapan dan pengangkutan.
3. Sediakan senarai tempat yg ingin dilawati+ kos masuk+kos makan dll
4. Buka kotak/botol tabungan dan bahagikan dengan tempoh sebelum berangkat.
5. Paling penting sediakan tentatif supaya masa tidak dibazirkan.

Berbalik ke no.4, bagaimana nak konsisten menyimpan tabung untuk pelancongan ni?
Dah beli tiket mestilah wajib menyimpan kan?..Betul tak?

~Boleh guna bajet makan di luar dan pindahkan ke tabung melancong.
~Kalau tiada bajet makan di luar, ada bajet beli baju? beli kosmetik tambahan? Kalau ada pindahkan sahaja ke tabung melancong (TM).
~Kalau  tiada buatlah pendapatan sampingan untuk melancong.
Yang pasti JANGAN ambil tabung kecemasan untuk dimasukkan ke TM.

 Luar Negara

Sama seperti dalam negara cuma tempohnya mestilah lebih lama seperti 8-9 bulan bergantung pada lokasi anda.

Yang penting sebelum menerima pakej, usahakan untuk review pakej2 yang ada dan bandingkan pakej yang paling berbaloi untuk anda dan keluarga.

Haaa..kalau jenis gatal tangan tengok duit banyak dalam tabung, carilah saudara mara terdekat atau kawan untuk simpankan.

Kalau tiada kawan, boleh serahkan kepada saya untuk simpan (hihihihih).

Sebagai muslim, carilah pakej pelancongan muslim yang sesuai. Ini kerana anda tidak perlu pening kepala memikirkan tempat makan dan juga tempat solat.

Sebelum memilih agen pelancongan, ada baiknya anda merisik dengan kawan-kawna terlebih dahulu.
Kadangkala promosi atas talian tidak menggambarkan situasi sebenar.

Sebelum memilih, kena rajin, kena rajin.

Ok la...setakat itu sahaja. Melancong bersama keluarga dan anak akan menjadikan mereka lebih pandai berdikari dan menyesuaikan diri. Ajarlah mereka adab, akhlak serta musafir yang betul dengan kehendak Islam.








Comments