Assalamualaikum wbt..
Salam di hari Jumaat.
Yang Allah masih berikan kita kesihatan, kelapangan dan paling penting masih berada dalam keimanan.
Ok. Masih bersemangat untuk menulis dan berkongsi walau hujan sudah 2 hari tanpa henti.
Jalan dipenuhi air.
Meredah hujan pagi ni ke pejabat.
Oppsss..Bukan itu topik saya hari ini.
Hari ini topik seperti di atas...
Kenapa? Kita lihat mungkin sahabat kita, saudara mara kita, dia kaya dan bertambah-tambah kekayaannya. Ini saya kongsikan dari pengalaman sendiri dan saudara dekat.
1. Kena selalu rasa cukup dan kaya. Ringankan tangan untuk bersedekah setiap hari. Kalau nak sedekah free tanpa RM, lontarkan senyuman. Senang bukan? Kerana dengan senyum membuka pintu rezeki yang lain.
Senyum mudah untuk perniagaan maju. Mudah dapat pelanggan dan penting bagi yang terlibat dengan jualan secara langsung.
2. Rancang dan tetapkan sasaran. Ada tak di kalangan kita setelah 10 tahun bekerja tetapi masih membayar pinjaman pelajaran?..Tetapkan sasaran dan langsaikan hutang. Jika kurang hutang lebih mudah kita merancang untuk menjana pendapatan.
3. Simpan awal. Jangan bersungut selalu tiada wang.Wang bagi yang bergaji bulan tetap sama tetapi yang membezakannya adalah jumlah perbelanjaan. Nafsu membeli tidak pernah ada dinding!..
(hihihi).
4. Orang sikit duit dia simpan di bank. Makin banyak duit mereka labur. Orang kaya akan labur pada hartanah, saham dan sebagainya. Orang tak banyak duit simpan sahaja di bank dengan kadar dividen dan bonus mungkin 1-3 % setahun.
Sedangkan jika pelaburan unit amanah mungkin 6-15% setahun.
Pelaburan saham adakala setahun mencapai 100-300% setahun.
Pelaburan hartanah mungkin 20-30% setahun.
Jadi?...Memang orang kaya akan bertambah kekayaaannya. Miskin jiwa dan miskin wang tetap di takuk sama kemiskinan.
Jadi?..Bagaimana nak kaya?..Belajarlah dan tambahlah ilmu agar kita mampu menyimpan wang untuk terlibat dengan pelaburan hartanah atau pelaburan saham. Saham sendiri tidak memerlukan wang yang banyak untuk permulaan. Mulakan dengan RM10,000.00 ke. Tidak perlu tunggu wang RM100,000.00.
Itu sahaja. ..
Salam perkongsian...
-aishah ghani-
Aku yang suka menulis dan berkongsi...
Comments
Post a Comment