3 Tempat pelaburan tunai yang risiko rendah



(Gambar sekadar hiasan dari Publik Bank)

Asssalamualaikum  dan salam di hari Jumaat.(mood cuti di Mahkota Aman)

Hari di mana sejak pagi bumi dibasahi hujan.
Hari yang terasa seperti musim luruh.

Kali ini saya kongsikan beberapa pelaburan yang sesuai kepada pembaca yang tidak ingin menanggung risiko. Atau dengan kata lain risiko rendah.

Ada tunai yang tidak diusik?
Bukan duit kecemasan?
Duit tidur sahaja.

Dari tidur baiklah labur.
3 tempat yang anda boleh labur.

1. Simpanan tetap di bank2 mengikut shariah. Dengan kadar pulangan 2-4 % bergantung kepada tempoh dan jumlah pelaburan. Pada waktu-waktu tertentu, pihak bank akan menawarkan hadiah selaian kadar pulangan.


2. Membuka akaun bersifat pelaburan. Rujuk di Bahagian Khidmat Pelanggan di bank di mana  menjanjikan minimum simpanan tertentu dan  kadangkala menawarkan pakej menarik dengan FREE GIFT.

Setiap kali berurusan di bank, rajin-rajinkan diri membaca poster dan bunting yang dipamerkan. Tentu tidak rugi anda mendapatkan maklumat terperinci di Bahagian Khidmat Pelanggan. Walaupun kadangkala bukan untuk anda tetapi untuk kenalan anda.

Pada awal tahun 2017 saya telah membuka 1 akaun di bawah nama anak (akaun pelaburan remaja berumur bawah 12 tahun). Promosi pada waktu itu dengan tawaran RM6,000-RM48,000. Hadiah percuma ditawarkan bergantung kepada nilai simpanan.

Asalnya saya sekadar berminat dengan hadiah percuma   telefon bimbit Samsung xxx. Memandangkan  kerana wang di bank lain merupakan deposit untuk membina rumah dan rumah akan dimulakan di hujung tahun 2017. Jadi saya gunakan wang tersebut untuk membuka akaun terlebih dahulu.

Setelah tamat tempoh perjanjian (6 bulan), saya ke bank untuk membuat pengeluaran kesemua simpanan. Apa  yang memeranjatkan jumlah dividen yang diberikan sebanyak RM880.00 atau 1.8% dan free gift saya yang diperolehi pada pembukaan akaun bernilai RM900.00.

Jika dikira pulangan yang diperolehi adalah RM900+RM880=RM1,700 (3.7%) dalam tempoh 6 bulan.

Anda rasa menarik?..Saya rasa amat menarik berbanding dengan pulangan dari simpanan di akaun biasa dari bank yang sama dengan jumlah simpanan RM130,000 memberi hibah sebanyak RM20-RM31 sebulan. Katakanlah RM31 x6 bulan =RM186.

Mana yang berbaloi sama ada RM186 atau RM1,700.00

Fikir-fikirkan.

Antara bank yang saya kerap rebut peluang adalah Public Bank. Anda juga boleh dapatkan maklumat lanjut di bank kegemaran anda. Yang penting ringankan mulut, rajinkan mata untuk membaca dan peka untuk ambil tahu promosi yang ditawarkan.


3. Pelaburan unit amanah yang menjanjikan purata pulangan antara 6-8%. Kadangkala mencecah 27% pada tahun  kewangan semasa. Luangkan masa membaca mengenai unit amanah. Boleh dapatkan pendedahan melalui Pelaburan Unit Amanah/ Azizi Ali dan Panduan pelaburan unit amanah: /Razali Razman.

Boleh layari website unit amanah public mutual untuk mendapatkan senarai dana-dana serta prospektus. Jika ingin mendapat pencerahan terus boleh juga hubungi saya di luar waktu pejabat.

Penutup

Berapa banyak boleh melabur?
Sila semak berapa banyak wang yang anda tidak akan guna dalam waktu terdekat. Sekiranya untuk simpanan tetap dan pembukaan akaun baharu, minimum 6 bulan. Bagi pelaburan unit amanah pula, digalakkan 5 tahun.

Sekadar itu sahaja. Semoga perkongsian ini memberi sedikit manfaat kepada para pembaca.

Salam sayang dan salam perkongsian!!.....

-aishah ghani-

Nota: saya amat gembira sekiranya para pembaca sudi daftar sebagai follower di blog ini.

Comments