Assalamualaikum dan salam Jumaat.
Penghulu segala hari.
Semoga para pembaca gembira.
Apatah lagi bagi yang bekerja dan akan menikmati cuti selama 3 hari.
Ok. Hari ini saya kongsikan sedikit perkara yang perlu kita tanya diri apabila ingin memulakan pelaburan.
Wajib bagi pelabur dan mana-mana agen pelaburan mengetahui perkara tersebut sebelum mencadangkan jenis pelaburan yang sesuai.
Kalau boleh saya nak tulis seringkas mungkin. Kalau tak jelas boleh emel saya atau wasap di talian tertera di biodata.
Jom baca!.. Sebelum melabur 3 perkara ini perlu jelas:
1. Risiko- Kenali tahap risiko diri sendiri dan tahap risiko pelaburan. Kita kena faham semakin tinggi pulangan dan keuntungan maka tinggi jugalah risikonya. Anda? Jika ada seorang yang takut gagal, takut dengan tahap risiko tersebut. jadi carilah pelaburan yang rendah risiko.
2. Tujuan -Kenalpasti tujuan dan matlamat pelaburan anda. Adakah untuk anak? untuk keluarga? atau untuk diri sendiri. Ada yang melabur untuk pendidikan anak-anak. Ada yang membuat pelaburan untuk persiapan pencen atau persiapan berumahtangga. Mungkin juga untuk diri sendiri seperti menunaikan haji dan melancong. Jika tiada tujuan sukar untuk agen menyediakan pelan pelaburan yang sesuai.Tujuan juga akan memberi laluan menganlpasti berapa RM yang perlu dilabur dan yang akan diperolehi.
3. Tempoh-? Setelah ada tujuan tentu mudah untuk dapatkan tempoh bagi mencapai tujuan tersebut. Mesti datang bersama dengan tujuan. Ada yang tidak bersama ke? Mungkin ada. Anda pasti lebih mengetahui.
Bagi pelaburan, mulakan awal adalah lebih baik. Bila waktu yang sesuai? Segera sebelum minda berubah arah.
Jangan tunggu duit berlambak tetapi mulakan di saat duit sedikit kerana itu kemanisan yang anda akan kecapi kelak.
Jika ada yang bertanya bila saya mula melabur? Seingat saya di tahun akhir pengajian di UM, menggunakan duit pinjaman JPA dilabur ke simpanan tetap Bank Rakyat.
Tahun demi tahun saya akan cuba melabur dalam perkara berbeza kerana saya suka mencuba. Dengan mencuba barulah jejari saya lebih pantas menulis. Ia memberi kegembiraan dan kepuasan buat saya.
Ok. Itu sahaja yang saya ingin kongsikan. Ringkas dan semoga ianya bermanfaat. Ada yang pernah bertanya pada saya. Ada tak pulangan tinggi risiko rendah?...Hmmm..dari segi teori mustahil.
Sekian dahulu. Salam perkongsian di hari Jumaat!...
Semoga para pembaca mengisi hujung minggu dengan berkualiti.
Salam sayang buat yang rajin membaca...
-aishah ghani-
aku yang suka menulis
Comments
Post a Comment