Persediaaan Untuk Bersara Awal/Berhenti Kerja

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Semoga Allah anugerahkan semua pembaca kesihatan dan kelapangan dalam hidup.

Pada 14 Oktober 2016, majlis ringkas sempena persaraan awal rakan sekerja saya. Jadi topik hari ini saya ingin kongsikan persediaan kewangan jika ingin bersara awal.

Tak kiralah sama ada kita ingin bersara awal atau berhenti kerja awal tetapi faktor kewangan perlu dititik beratkan kerana setelah berhenti kita tiada punca kewangan lagi.

3 Tips ringkas untuk permulaan:

1. Rancang awal jangkaan persaraan anda dan mula menyimpan dengan lebih awal.

Bila kita boleh mula merancang?. Setelah terdetik kita berhasrat bersara. Bukannya tunggu 6 bulan sebelum bersara.

Ada yang bertanya kepada saya, bila ingin bersara?
Jawapan: Semasa sama mula-mula menjejakkan kaki sebagai penjawat awam, saya berhasrat ingin berkhidmat hingga umur 40-45 tahun sahaja. Kini fasa pecutan untuk merealisasikan apa yg saya pernah ucapankan 12 tahun yang lalu.


2. Mulakan perniagaan atau pelaburan untuk pendapatan anda setelah bersara/berhenti kerja.

Mulakan sekarang!. Bukan setahun sebelum tetapi seawal yang mungkin bergantung kepada jenis perniagaan anda. Adakah perniagaan tersebut untuk simpanan atau perniagaan untuk matlamat anda selepas bersara/berhenti kerja.

Jika anda berniaga untuk tingkatkan simpanan/pelaburan bagi tujuan pencen, jadi pecutan anda adalah sekarang.

Jika anda berniaga untuk dapatkan kenalan, pengalaman dan membina empayar sebelum bersara/berhenti kerja, maka susunlah agar ianya mantap sebelum berhenti.

[Salah satu pelaburan matlamat bersara adalah melalui unit amanah. Hubungi ejen unit amanah untuk pertanyaan lanjut.]

3. Pastikan anda tahu perbelanjaan/minimum wang yang anda perlu setelah berhenti kerja.

Jangan gatal-gatal tangan sebelum berhenti nak buat pinjaman peribadi, pinjaman perumahan, dan macam-macam pinjaman lagi. Nanti nak berhenti, siapa yang tolong bayar?
Pastikan  bukan setakat perbelanjaan tetapi hutang-piutang juga diambil kira setelah anda bersara/berhenti kerja.

Cukup 3 sahaja yang saya kongsikan. Jangan tanya saya best ke pencen @ berhenti kerja kerana saya masih lagi bekerja. Insha Allah jika dipermudahkan urusan dan perancangan, saya berhasrat untuk menumpukan lebih masa kepada keluarga.

Sekian dahulu. Salam Jumaat semoga Allah berikan kita kekuatan untuk melaksanakan apa yang kita rancang.

Salam perkongsian....
-Aishah Ghani-

18 Nov 2016



Comments