Salam sejahtera & salam sayang buat semua pembaca!...
Semoga dianugerahkan kesihatan, kelapangan buat semua.
Hampir sebulan saya tidak menulis di blog. Kali ini saya ingin kongsikan mengenai unit trust atau unit amanah hasil penulisan di blog Mohd Azuan pada tahun 2015. Saya kongsi pada tahun 2016 kerana merasakan ia masih lagi relevan.
"Jadual adalah pulangan seorang pelabur yang mula melabur pada tahun 2012.
Tambahan pelaburan adalah "AI" sebanyak RM1000.00 (2012), RM1000 (2013). RM500 (2016)
DR= adalah agihan dividen."..
Jom!....Selamat membaca..
"
Semalam rakan sekerja yang berpengalaman dalam forex, saham dan juga medium pelaburan yang lain ada mengatakan kenapa kita perlu melabur dalam unit trust. Seronok mendengarkan beliau menerangkan tentang kawalan risiko (risk management) dalam skala risiko tinggi, risiko sederhana dan risiko rendah. Malah beliau mencadangkan kepada yang mempunyai wang lebih agar melabur dalam pelbagai medium pelaburan yang berbeza risiko.
Apabila kita bercakap tentang kita mahukan keuntungan yang sedikit lebih tinggi, mahu tidak mahu kita terpaksa memilih medium pelaburan yang mempunyai risiko sederhana dan tinggi. Pelaburan dalam saham dan juga unit trust adalah pilihan terbaik. Dan jika kita bertanya tentang jaminan wang pelaburan yang lebih selamat, maka melabur dalam unit trust adalah pilihan paling baik. Mari saya jelaskan sedikit tips kepada anda

Katakan pada keadaan biasa. Anda melabur dalam unit trust sebanyak RM1000 untuk pembelian 1000 unit amanah. Dan dalam keadaan ekonomi Malaysia yang jatuh kini (September 2015) ini, harga 1 unit yang tadi berharga RM1 seunit telah jatuh “mungkin” sebanyak 50%. Dan kini anda membuat pelaburan RM1000 sekali lagi TETAPI anda berjaya mendapatkan sebanyak 2000 unit. Dan jika ekonomi pulih kembali dan harga 1 unit trust kembali menjadi RM1 bagi 1 unit, bukankah nilai pelaburan unit trust anda kini sudah menjadi 2 kali ganda keuntungannya? Setuju?
Dari apa yang dibincangkan, pelaburan yang anda buat pada unit trust bukanlah tentang berapa RM yang anda laburkan. Tetapi ianya tentang berapa unit amanah-KAH yang anda dapatkan pada harga sekian dan sekian. Dan keuntungan anda dijana melaluikan naikkan harga unit trust semasa anda beli dan perbezaan kenaikkan harga terkini di pasaran samasa. Dari situ saya mula nampak agak jelas akan kenapa melabur dalam unit trust ini menarik.
YA, tidak semua unit trust itu berprestasi baik. Ada yang bagus, ada yang biasa biasa dan ada juga yang kecundang. Anda melabur dalam unit trust, anda harus memilih unit amanah yang memang bagus, dijangka berprestasi baik dan mempunyai rekod yang memang terbaik. Hendak tahu semua itu, anda kena ada ilmu. Jika unit amanah yang kita beli itu bagus, selalunya ianya akan mula menunjukkan keuntungan pada tahun ke-3 (minima). Ingat! Pelaburan ini adalah bersifat jangka panjang. -----------------------------------
Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi idea dan peluang untuk para pembaca merancang pelaburan terbaik untuk diri dan keluarga!...
Salam jumaat dan sayang perkongsian untuk semua.
-Aishah Ghani-Perunding Unit Amanah
016-210 9403
Comments
Post a Comment