Assalamualaikum
Salam sejahtera buat semua para pembaca,
Lepas raya ramai poket kering, poket nipis, poket tembus dan macam-macam lagi.
Raya sakan ke?
Saya nak ucapkan selamat hari raya buat semua pembaca.
Tip ni saya kongsikan untuk semua para pembaca. Boleh digunakan untuk Hari Raya akan datang. Maaf, lambat tulis dek terasa sibuk di bulan Ramadhan 1437H.
Telah 3 tahun perbelanjaan semasa Hari Raya Edulfitri saya agak ketat kerana:
1. Renew insuran dan cukui jalan di bln Julai.
2. Persiapan raya
3. Servis kereta untuk balik raya. Tahun ini terpaksa servis dan tukar ke4-4 tayar kereta.
Tips ini saya amalkan sejak 2005 atau sejak mula berkereta dan juga tinggal sendirian (kalau kongsi kereta dan kongsi rumah mungkin ada lebihan RM).
Sebelum Raya:
1. 3 bulan sblm raya mula asingkan duit untuk perbelanjaan ramadhan/syawal. Kalau agak2 duit yang diasingkan tu tak cukup, mula berjinak2 cari sumber pendapaan sampingan seperti berniaga di bulan ramadhan. (Dulu saya berniaga kurma yang diambil dari gudang di Selangor. Cukup la untuk duit poket ramadhan dan juga bagi free kurma kepada kaum kerabat).
2. Servis kereta saya akan cuba adjustkan supaya tidak terkena major servis/servis biasa pada bulan ramadhan dan syawal. Pandai-pandailah adjust. (Tahun ni terbabas jadual..hehehe)
3. Cuba elakkan beli kereta di bulan Ramadhan walaupun kadangkala promosi raya yang meletop dan kebaboommm..tapi ingat anda akan menanggungnya hingga ke akhir hayat kereta untuk memberi 'nafas' insuran dan roadtax. Kita tidak tahu tahun bila kewangan raya kita akan merudum teruk. Jadi beringatla. Kecuali anda yang jenis bak kata kawan ofis saya " gaji bulan lepas pun tak usik lagi".
(2014 saya beli kereta baharu di bulan Ramadhan kerana memang teringin sangat dan simpanan untuk insuran diawalkan bagi mengelakkan ketirisan di bulan ramadhan dan syawal.)
Selepas Raya
1. Cepat-cepat simpan duit raya anak di bank sebelum terpakai.
2. Lihat baki perbelanjaan raya yang ada. Jika masih ada, cepat-cepat asingkan atau simpan di bank/labur di unit amanah dan sebagainya.
3. Selesaikan pinjaman/hutang wajib anda sebagaimana jadual. Jangan lupa buat penyata kewangan anda!
4. Mula menyimpan untuk menunaikan matlamat anda yang lain.
Tak cukup duit selepas raya?..Makanlah nasi dengan telur goreng+ sayur celur sahaja.
* Jika anda rancang kewangan dan perbelanjaan, in sha Allah lebih mudah dan teratur poket anda.
"Salam edulfitri dari saya buat semua pembaca"
Salam sayang perkongsian
_aishah ghani_
Comments
Post a Comment