Berkawan Dengan Kad Kredit


Assalamualaikum & salam sejahtera,


Salam Jumaat dan selamat menempuh minggu ke dua setelah menerima gaji. 


Saya terpanggil untuk menulis mengenai ‘berkawan dengan kad kredit’. Ada antara kita mungkin takut untuk memiliki kad kredit kerana khuatiri tidak dapat mengawal nafsu berbelanja.

Takut jika kad kredit digodam dan terpaksa membayar transaksi yang tidak dibuat.

Ada juga yang layak memilikinya tetapi, merasakan tiada manfaat @ keuntungan memiliki kad kredit.

Saya kongsikan D&D untuk kad kredit agar para pembaca boleh manfaatkan kad plastik ini.

Do....Lakukan:-

1.       Cari kad kredit yang tiada yuran tahunan @cas perkhidmatan. Antaranya kad kredit bank rakyat.

2.       Cari kad kredit yang boleh memberi mata ganjaran dengan setiap pembelian yang anda lakukan. Contohnya kad kredit maybank biasanya mata ganjaran untuk stesen minyak petronas, pembelian  barangan Leno atau mana-mana produk lain yang berkaitan.

3.       Boleh dapatkan manfaat  kad kredit yang menawarkan  khairat kematian percuma atau takaful hayat pada bayaran bulanan yang sangat rendah.
4.       Paling penting pilih kad kredit yang  dapat menawarkan tempoh pembayaran yang lama pada kadar paling rendah. (Walaupun rata-rata hampir sama % yang dikenakan).

Do..Bila ada kad kredit, manfaatkan untuk:

1.       Mendapatkan kadar bayaran hotel  5 bintang pada kadar 2 bintang. Sesetengan medium tempahan hotel menawarkan harga diskaun antara 50% -70%  tetapi pembayaran melalui kad kredit. Menarik bukan? Terutama bagi yang suka melancong atau membawa keluarga bercuti. Saya pernah menempah  hotel kadar tempahan di kaunter sekitar RM 399 tetapi dengan kad kredit hanya perlu membayar RM292 (jimat 27%). Pernah juga menempah hotel RM464 dengan harga RM161 (jimat 65%) menggunakan kad kredit & medium tempahan atas talian. Seronok percutian yang ditawarkan untuk keluarga di bilik yang selesa dan kemudahan yang menarik untuk  keluarga.


2.       Bayar muka  atau bayar tempahan perabot atau barangan yang mahal tanpa perlu membawa wang tunai yang banyak. Anda tidak perlu beratur untuk keluarkan wang atau mengira jumlah wang apabila ingin membeli sesuatu barangan. Bayangkan jika suatu barangan berharga RM5,000.00. Selamatkah untuk anda membawa tunai?

3.       Setiap pemilik kad kredit akan menerima penyata bulanan beserta promosi barangan semasa di kedai-kedai terpilih. Kadangkala harga yang ditawarkan sangatlah berbaloi untuk anda beli menggunakan kad kredit tanpa dikenakan sebarang cas.

DONT:- Bila ada kad kredit, JANGAN:-

1.       Berbelanja melebihi duit tunai yang ada di bank.

2.       Melanggan atau membuat pembelian atas talian menggunakan kad kredit di medium yang tidak dikenali terutamanya dari luar negara. Biasanya pembelian barangan atas talian di Malaysia boleh menggunakan pindahan wang kecuali tempahan hotel atau perkhidmatan-perkhidmatan lain yang telah stabil atau dikenali umum sahaja.

3.       Jangan dedahkan pin nombor dan nombor kad kredit anda di mana-mana medium.

Ingat, kad kredit bukanlan hutang anda tetapi alat agar memudahkan anda berurusan sahaja. Kad kredit bukan bank yang anda boleh pinjam wang dan bayar kemudian.

Jadikan kad kredit kawan di saku anda yang membuat anda tersenyum bukannya dikelilingi hutang.
Selamat berkawan dengan kad kredit & salam Jumaat buat semua pembaca...

Salam ukhwah

-aishah ghani-

Comments

  1. Para pembaca digalakkan untuk berkongsi pengalaman kad kredit di sini.

    ReplyDelete

Post a Comment