6 Tips Mudah Urus Gaji

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Salam Jumaat dan Salam Hari Selepas Gaji, ...

Kepada yang telah menerima gaji,
yang akan menerima gaji

Ini tips mudah saya kongsikan dengan para pembaca. Tips ini saya perolehi dari blog Tok Penghulu. Bila dapat gaji asingkan terus mengikut tujuan. Boleh asing mengikut sampul atau asing mengikut balang. Kalau sampul boleh tersorok dalam laci. Kalau balang boleh guna balang kitar semula, atau bekas minuman iceblended gelas besar. Yang penting (clear plactic). 6 balang atau bekas diasingkan seperti berikut:-

#Balang 1:55% untuk belanjan wajib termasuk bil api+air+dapur+yuran anak dsbg,

#Balang 2:10% hiburan atau tabung Cuti2 Malaysia.

#Balang 3:10% pelan untuk masa depan. Saving, pelaburan etc

#Balang 4:10% untuk ilmu. Kursus, latihan, bengkel dan juga beli buku. Jangan berkira untuk tambah ilmu.

#Balang 5: 10%  untuk beli barangan yang jarang2 dibeli seperti baju, kasut, pakaian, perabot dbsg.

#Balang  6:5% sedekah. Percayalah sedekah akan memperbanyakkan rezki anda.

Jika boleh lagi banyak gaji, lagi banyak kita peruntukkan untuk sedekah.

Saya percaya ramai antara kita yang tidak mampun untuk sediakan kesemua 6 balang. Mungkin ada yang mampu 4 balang atau mungkin ada 2 balang sahaja iaitu balang 1 & balang 6. Apapun fikir-fikirkan mengenai cara terbaik urus gaji anda agar kewangan anda tidak kronik.

Salam sayang buat semua pembaca...

-aishah ghani-
Jumaat.



Comments