Kira-kira Mudah untuk Urus Gaji

Assalamualaikum wbt& Salam perkongsian buat semua

Semua pembaca yang dikenali
Semua pembaca yang tidak mengenali saya tetapi mengenali bog ini
Semoga dianugerahkan kita ruang untuk saling berkongsi...

Kali ini saya ringkaskan cara urus duit  gaji bagi  insan yang "tidak kritikal kewangannya".
Saya tidak pernah perincikan perbelanjaan saya setiap bulan, tetapi sekadar congak-congak sahaja.


(Sila jangan ikut jika anda poket kritikal)..

Cara.
1. Buat excell untuk perbelanjaan peribadi anda
2. Dapat gaji -->10% untuk simpanan
3. Asingkan duit untuk ibubapa
4. Asingkan duit untuk sedekah (-+30% dari duit belanja makan di kedai-ikut kemampuan)
5. Byr bil2 yang wajib setiap 1hb/2 hb bagi memudahkan membuat semakan.
6. Belanjalah duit tersebut ikut kategori & keperluan
7. Baki akhir bulan-->simpan pada item 2 dan juga tambah sedekah item 4.
8. TAMAT-->Ulang item 2 selepas memperolehi gaji baharu.


TIP:
1. USIK GAJI semasa bagi bulan semasa sahaja. Walaupun anda mendapat gaji 2 minggu awal tetapi belanja pertama pada bulan berikutnya.!...
2. Tetapkan sasaran berapa RM untuk belanja rakan2 (ikut kemampuan).

Gembiralah selalu dengan rezeki yang kita perolehi..

-Jumaat-9 Okt 2015-



Comments