Berbelanja di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum wbt...

Buat semua pembaca yang dikasihi,

Kali ini saya kongsikan sedikit berbelanja di bulan Ramadhan yang saya kira sangat jimat untuk keluarga saya. Bulan Ramadhan saya suka selain manfaat dan kelebihan dari segi barakah dan ibadat, ia juga mengajar kami sekeluarga lebih jimat. Nak tahu macam mana?

1. Masak sendiri lebih kerap dari makan di luar. Jika bukan ramadhan kami kerap makan di luar dan keluar berjalan-jalan. Ramadhan ni banyak di rumah dan masak kerana khuatir kualiti makanan yang dimasak di luar. Tambahan pula dapat pastikan kebersihan dan apa yg kami makan.

2. Duit  lebih sebab tidak sarapan pagi & makan tengah hari di kedai. Jika sehari kami suami isteri makan di kedai sebulan sekitar RM400.

3. Makan waktu berbuka sahaja.  Sahur sekadar minum dan makan roti/kuih.biskut.(nak makan nasi pun tiada selera di pagi-pagi).

4.Kurang keluar rumah. Jika bukan Ramadhan boleh dikatakan setiap minggu atau 2 kali seminggu kami keluar bersiar-siar atau membeli belah. Ini menyebabkan poketpun akan sedikit menipis.

5. Duit yang dapat dijimatkan dapat membeli persiapan untuk raya secara ala kadar.

Saya rasa jika kita ada saudara mara yang setaman boleh berkongsi makanan bergilir memasak. Dan ini pastinya dapat menjimatkan waktu memasak. Anda tidak perlu memasak setiap hari.

Sekadar itu dahulu, antara sedar atau tidak sebenarnya Ramadhan akan mengajar kita untuk tidak membazir dan berjimat cermat. Cuma kadangkala nafsu mengatasi segalanya.

Salam Sayang...







Comments