Jimat Belanja (sesi 2)~Makan-makan



(Gambar  dari http://lindarahim-ummyaisy.blogspot.com/ untuk lempeng)

Assalamualaikum & salam buat pembaca..

Terima kasih tak terhingga kerana sudi meluangkan masa membaca. 
Terima kasih berdozen-dozen kalau anda suka berkongsi idea atau cara yang telah anda laksanakan untuk berjimat cermat.

Mungkin cara kita urus wang akan memberi idea dan boleh dituruti oleh sahabat-sahabat pembaca yang lain.

Kadangkala  tips yang saya kongsikan, bukan yang saya laksanakan tetapi dari rakan-rakan sekeliling atau orang perseorangan.

Kadangkala dikongsi semasa membeli belah,  kadangkala dikongsi semasa menunggu giliran.

Ok. Kali ini saya kongsikan tips ketara jimat makan untuk mereka yang poket telah nipis kerana gaji dah lama habis..


1. Masaklah menu berdasarkan telur atau tauhu. Berganda jimat berbanding anda memasak ikan atau daging. Anda juga boleh makan ulam/celur sayur dengan sambal.

(ini bukan sahaja jimat RM tetapi jimat masa bagi isteri yang memasak).

2. Masak sambal bilis/bilis+ tempe disimpan untuk stok beberapa hari.
3. Berbanding roti sandwich, sediakan menu berasaskan gandum.

Menu roti telur:
Roti RM2.40
Telur 10 biji= RM4
Boleh guna: 2 hari
Kos: RM6:40.

p/s: Kalau anda beli gandum & buat lemping/cucur kosong/ penkek
Gandum1kg : RM2.20
Telur: 5 biji (RM2.00)
Masa: 3-4 hari
Kos: RM4.00

(Kos tidak termasuk minyak, garam, bawang  dan lain-lain yang telah sedia ada dirumah)

4. Sekali  masak untuk 2kali makan.
Masak di waktu pagi  sama ada nasi goreng atau nasi putih tetapi bawa bekal untuk sarapan dan makan tengahari. Jimatkan?. Bagi suami yang balik ke rumah untuk makan tengah hari tidak perlu membawa bekal dan boleh sediakan air segar dari peti.

5. Makan Magie lebih kenyang dari makan burger?

Ada yang semasa  berjimat mereka sekadar makan burger. Tetapi  sebenarnya harga burger RM2.50 dan magie anggaran RM1.00 sebungkus (dalam lama tak beli magie, kali terakhir beli semasa harganya RM0.70 sen).

Masak magie + telur+bwg+sayur sedia ada=RM1.70. (jimat 80 sen x 5 kali =RM4.00-->Boleh makan nasi ayam).


Fikir-fikirkan untuk ubahsuai menu dengan citarasa lidah anda. Semoga dapat merangsang lebih banyak penjimatan di saat poket kering.

Cukuplah sekadar itu, semoga dapat menceriakan hari-hari pembaca sekalian.

Salam perkongsian & salam sayang..

-Aishah Ghani-



Comments