Semak Kewangan Anda...

Assalamualaikum wbt & salam manis buat semua pembaca,


Telah 2 bulan saya langsung tidak berkesempatan menulis di blog. Selesai menunaikan Rukun Islam ke-5 dan alhamdulillah masih diberi kesihatan dan kelapangan untuk menyambung penulisan, berkongsi pendapat dan pengalaman.

Tahun baru hijrah telah bermula (1436H) dan tahun baru masihi akan menyusul tidak lama lagi.

Apakah matlamat kewangan kita pada tahun ini telah dicapai?

Berapa simpanan kita?
Apa yang telah kita mulakan dan selesaikan?
Adakah matlamat kewangan kita tercapai?
Berapa banyak yang telah dibelanjakan bagi barangan yang tidak perlu
Apa yang telah anda belikan yang dapat memberi manfaat/menjana keuntungan
dan lain lain lagi......

Saya bukan sahaja maksudkan berapa banyak kita simpan tetapi meliputi pengurusan kewangan termasuk agihan sedekah, wakaf, percutian yang kita janjikan kepada isteri atau suami dan anak-anak.

Apakah impian anda untuk meningkatkan pendapatan atau meningkatkan simpanan telah dilaksanakan langkah2 yang disenaraikan di awal tahun?

Cuba buka balik senarai anda dan usahakan untuk laksanakan dalam November dan Disember yang masih ada ini.

Jika kita pernah mensasarkan peruntukan kepada ibu bapa/adik beradik sebanyak RM1000/setahun, adakah jumlah tersebut telah dibuat?. Kalau belum dan wang masih ada laksanakan. Percayalah pada rezeki kita ada hak orang lain. Kalau belum dilaksana tetapi wang telah 'lesap' cubalah cari di mana perginya. Dan jika perlu usahakan untuk penuhi kerana kita tidak akan membuat impian jika diluar kemampuan.

Kalau kita sasarkan penjimatan perbelanjaan keluarga, cuma semak semula adakah ia telah dilaksanakan atau sekadar atas kertas dan perbincangan mulut semata-mata.

Itu sahaja untuk kali ini, pesanan saya tahun 2015 GST akan dilaksanakan, sebagai pengguna sediakan payung sebelum hujan dengan meningkatkan simpanan dan belanja berhemah. Kita tidak dapat menganggarkan kenaikan harga barang oleh pembekal, peruncit dan sebagainya tetapi kita boleh mengawal poket!.

Salam sayang buat semua dan semoga anda melalui hari-hari yang ceria.
Salam di Hari Jumaat..

-Wassalam-
Aishah Ghani

Comments