Jom Daftar Anak Untuk Rukun Islam Ke 5




Assalamualaikum wbt...

Salam sayang..salam buat semua pembaca..

Salam di hari Jumaat yang mana doa pada malam harinya adalah mustajab dan mungkin antara kita sempat dan ada yang tak berkesempatan. Semoga di malam Jumaat akan datang masih ada peluang.-Insha Allah-

Ok- Hari Jumaat waktu rehat yang panjang saya peruntukan sedikit untuk sama-sama kita fikir dan sama-sama kita kongsi "Dah Buka Akaun Tabung Haji Untuk Anak?"

-->Anak dalam kandungan sahaja, kita sibuk memilih medical card yang sesuai, takut anak sakit. Inginkan keselesaan dan 'full coverrage untuk anak'

--->Bila anak besar dan  sudah di tadika kita mula tambah pelaburan SSPN untuk pendidikan pula.

---> Tapi adakah kita  ingat atau kita lupa menyiapkan dirinya untuk Rukun Islam yang ke-5?-Menunaikan Haji ....

-->Tahukah kita jika daftar haji sekarang, akan dapat menunaikan haji pada 50-70 tahun akan datang mengikut sistem giliran TH. Jika anak anda berusia 18 tahun, masih tidak terlewat untuk didaftarkan kerana mungkin dapat giliran pada usia 68 tahun.

--> Kita sanggup membayar untuk perlindungan insuran dan perubatan seorang anak hingga mencecah RM150-RM200 sebulan tetapi susah untuk menyimpan di TH dengan nilai RM10 sebulan. Cepat-cepatlah tanya diri sendiri di mana letaknya prioriti kita untuk anak-anak. RM10 sebulan terasa banyak untuk RUKUN tetapi RM150 terasa berbaloi untuk perlindungan anak.

Jom tengok kalau kita menyimpan di TH untuk anak, bilakah mereka cukup untuk daftar haji & juga cukup wang untuk tunaikan haji:-

Jumlah simpanan
Simpanan Setahun
Tempoh duit cukup untuk daftar haji (RM1,300)
Tempoh duit cukup untuk menunaikan haji (RM13,000)
RM10/sebulan
RM120
-+ 11tahun


RM15/sebulan
RM180
-+ 9 tahun


RM150/sebulan
RM1800
<setahun

7 tahun 3 bulan
RM200/sebulan
RM2400
<setahun

5 tahun 5 bulan

* Jumlah simpanan tidak mengambil kira bonus atau compounding interest.

-Sekian, dahulu untuk sama-sama kita fikirkan- Bertindaklah sekarang sebagai ibubapa yang mendahuluikan hak Allah dari hak kita-

-Salam jumaat-

Comments