Penjimatan Melalui Barangan Terpakai




Salam ukhwah buat semua pembaca.

Di kesibukan kerja saya berharap dan mencari ruang agar mampu menulis untuk perkongsian dengan semua pembaca. Kali ini saya akan ketengahnya tajuk jualan barang terpakai.

Jualan barang terpakai dikenali juga sebagai preloved item, bundle sales dan macam-macam lagi. Ia bukan sekadar baju tetapi kasut, permainan, buku dan sebagainya. Banyak laman sesawang dan juga blog yang menjual barangan terpakai. Antaranya:-

i.                     http://prelovesales.blogspot.com/
ii.                   http://www.vinted.com/about
iii.                  http://mooslema.beezby.com/mula-menjual/
iv.                 http://mybabysell.com/

Apa kaitan barangan terpakai dengan pengurusan kewangan @ dengan blog saya ni?
Jika ada membeli barangan terpakai, anda boleh berjimat cermat, bahkan kadangkala mendapat kualiti yang hampir sempurna/baru pada harga jauh lebih rendah. Berbaloi bukan?

Katakan anda bakal mendapat bayi baru dan memerlukan buaian. Harga buaian baharu sekitar RM199 (buaian manual) dan sekiranya anda membeli barangan terpakai anda boleh mendapatkan dengan harga sekitar RM50-RM80. Jimat 119 (58%). Dengan jumlah penjimatan tersebut anda boleh peruntukkan untuk lampin, baju, susu dan sebagainya.

Faedah menjual barangan terpakai:-
1.       Tambah pendapatan di samping memberi pelanggan/pengguna mendapatkan barangan pada harga lebih rendah.
2.       Menjimatkan ruang simpanan di rumah.
3.       Menggalakkan kempen kitar semula/guna semula.
4.       Hasil pendapatan boleh dibuat simpanan/pelaburan atau membeli barangan kepelruan yang lain.

Namun begitu, membeli barangan terpakai tidak semua orang gemar. Kadangkala mereka mempersoalkan siapakah pemilik sebelum ini? Apatah lagi jika barangan tersebut dalam bentuk pakaian. Tapi tepuk poket, tanya minda sanggupkah kita dan mampukah kita meneruskan perbelanjaan seperti sedia ada atau merubah persepsi terhadap barangan terpakai. Saya sendiri bukanlah peminat barangan terpakai tetapi saya memerhatikan cara orang lain berbelanja dan cara mereka membuat penjimatan dalam perbelanjaan.

Bagi yang tidak gemar membeli barangan terpakai pula, janganlah mengeji atau menyatakan perkara yang menyakitkan hati pembeli mahupun penjual.

Ok. Setakat itu dahulu. Fikir-fikirkan apa yang sesuai untuk anda beli barangan terpakai bagi penjimatan anda sekeluarga!..Sama-sama kita timba ilmu.

Salam di hari Jumaat.


1:24pm.

Comments