Salam sejahtera dan salam di hari
Jumaat.
Didoakan semua pembaca sihat dan
ceria. Tambahan lagi bagi penjawat awam baru sahaja terima gaji. Ada yang
tersenyum lebar atau ada yang merenung gaji yang diterima.
Kali ini saya akan kongsikan saya
cara baru mengirim wang kepada ibu/bapa, atau keluarga, sahabat handai dan
sesiapa sahaja yang memerlukan dalam
cara paling pantas dan mudah dengan menggunakan maybank2u.com. Ia dinamakan cardless withdrawal.
Keperluan pengirim:
i.
Akaun maybank2u.com
ii.
Handset untuk menerima mesej (tidak perlu
smartphone)
Keperluan Penerima
i.
Handset yang boleh untuk menerima mesej (sms)
Cara-caranya:-
1.
Login ke maybank2u.com
2.
Klik Transfer>Cardless Withdrawal
3.
Masukkan nombor telefon penerima, jumlah dan
mohon TAC
4.
TAC akan dihantar ke telefon bimbit dan masukkan
TAC nombor.
5.
Klik ‘confirm’ untuk memohon
6.
Mesej akan dihantar ke telefon bimbit anda
(pengirim) no Withdrawal Code (6 digit) dan
7.
Mesej ke telefon bimbit penerima Trx ID:………. (16
digit) bersama nama PENGIRIM.
8.
Penerima mestilah ke mesin atm maybank dan
menekan mana-mana butang untuk memilih cardless withdrawal. Masukkan Trx ID ( 16 digit) dan juga Withdrawal Code
(minta dengan pengirim) sebelum penerima dapat mengeluarkan wang.
9.
Jika penerima telah mengeluarkan wang tersebut,
pengirim akan menerima mesej pengeluaran telah Berjaya.
10.
Tamat!.
Gambar ini saya paparkan
di pihak pengirim. Nak ambil gambar semasa pengeluaran, segan pula orang tengok
(step 8). Harap ianya membantu para pembaca!..
Step by Step --->(Please ignore date and amount of transaction)
Step 1. Login maybank2u.com (no picture)
Faedah cardless
withdrawal:-
1.
Boleh mengirim wang ke mana sahaja dan kepada
sesiapa sahaja tanpa perlu mengetahui nombor akaun.
2.
Cepat, pantas, mudah dan selamat.
3.
Selamat kerana selagi pengirim tidak memberi
Withdrawal Code (6 digit), penerima
tidak dapat membuat pengeluaran.
4.
Selamat kerana sah untuk tempoh 24 jam sahaja.
Namun perlu diingat pengeluaran tanpa kad ini dihadkan RM300
sahaja untuk sehari dan setiap transaksi dicaj RM1.00 walaupun penerima tidak mengeluarkan wang tersebut.
Saya harap perkongsian ini dapat membantu para pembaca untuk
lebih cepat dan pantas mengirim wang kepada ibu bapa dan ahli keluarga yang
memerlukan. Tiada alasan untuk tidak mengirim wang!...
Tahniah dan terima kasih kepada maybank yang memahami keperluan penguna dan telah melancarkan perkhidmatan ini sejak 1 Mac 2014.
Sekian, dahulu. Selamat mengurus gaji anda dan manfaatkan
untuk pelaburan akhirat dan dunia.
Wassalam dan salam Jumaat...
Comments
Post a Comment