Takdir & Tadbir Dalam Urus Wang


Assalamualaikum dan salam sayang buat semua pembaca..

Salam rindu setelah agak lama tidak menekan papan tetikus ni.

Jika semalam di radio ikim.fm ada menyatakan
'sebaik manapun kita merancang dalam rumahtangga, sediakan sedikit ruang untuk takdir, agar kita redha apabila hasil tidak seperti yang kita rancang".

Ini bukan sahaja dalam pengurusan rumahtangga, pelajaran, kehidupan bahkan dalam urus kewangan anda juga.  Mungkin ada di antara kita merancang menyimpan duit untuk melancong dan tiba-tiba telah sampai saatnya, duit tersebut terpaksa digunakan untuk perkara lain seperti kemalangan kereta, perubatan ibu/bapa dan sebagainya.

Sebijak manapun kita mentadbir wang tetapi takdir pasti telah diatur oleh Allah yang terbaik untuk kita. 
Jadi, tak perlulah kita urus wang? Kalau tak urus, tentu anda boleh bayangkan bagaimana hasilnya.

Jangan pernah berputus asa kalau anda menyimpan tetapi terpaksa digunakan untuk tujuan yang lain. Ingin dikongsikan sedikit pengalaman saya menyimpan dan urus simpanan. Biasanya saya tetapkan simpanan untuk satu-satu perkara besar. Saya menyimpan hampir setahun untuk membeli kereta baharu pada tahun 2009, tetapi entah macam mana tiba saatnya rasa hambar dan tidak berminat untuk menukar kereta. Dan matlamat tersebut terdorong untuk saya menunaikan umrah.

2013-Simpanan yang saya bercadang untuk membeli rumah/ubahsuai rumah tiba-tiba terpaksa digunakan untuk membeli kereta baharu kerana kereta sedia ada tidak cukup selesa bagi perjalanan jauh.

2014- Hati berkobar-kobar untuk memiliki rumah/ubahsuai rumah tetapi simpanan tidak mencukupi, jadi mulakan semula menabung untuk matlamat tersebut. Semoga dipermudahkan untuk memilikinya.

Jadi, kita rancang, kita urus tetapi takdir Ilahi telah menetapkan bila kita akan perolehinya. Kadangkala ditunda, kadangkala dipercepat dan kadangkala ditukar dengan perkara lebih baik.

Pesan buat semua pembaca, jangan pernah berputus asa terhadap perkara baik yang kita telah dan sedang anda lakukan.

-Salam perkongsian di hari Jumaat-
-Aishah Ghani-






Comments

  1. Anda dialu-alukan berkongsi pandangan/cadangan untuk manfaat semua pembaca.

    ReplyDelete

Post a Comment