Salam sejahtera..
Semoga semua pembaca blog ini mendapat sedikit ilmu yang saya kongsikan.
Kali ini saya ingin berkongsi beberapa cara mudah untuk kawal dan urus wang anda. Saya memilih untuk menulis topik ini kerana sejak kebelakangan ini saya tidak mengurus wang dengan bijak. Tambahan pula matlamat tahun ini adalah mengurangkan pinjaman peribadi atau dengan kata lain melunaskan hutang dengan lebih cepat. jadi saya perlu disiplin dalam cara laksanakannya!
1. Gunakan sampul surat untuk memasukkan jumlah perbelanjaan anda setiap bulan. Setiap sampul satu kategori. Contohnya perbelanjaan anak (lampin, susu, bayaran pengasuh/taska etc), sewa rumah, bil utiliti san sebagainya. Setiap sampul dimasukkan jumlah peruntukan (wang) dan resit pembelian pada bulan tersebut. Setiap hujung bulan anda bolehlah mengira baki dan perbelanjaan sebenar sebelum direkodkan ke dalam buku.
Ingat tak topik saya yang terdahulu? Jika ada lebihan maka wang tersebut boleh dimasukkan ke akaun pelaburan/simpanan. jangan pula lebihan anda gunakan untuk makan makanan segera atau membeli barangan kehendak anda.
2. Buka akaun secara berasingan bagi setiap matlamat anda. Pendek kata jika matlamat jangka panjang anda ada 5, maka bukalah 5 akaun (macam orang kaya dan berduit pula kan?). Tapi pastikam akaun yang anda buka tidak mengenakan cas perkhidmatan terhadap kad atm atau cas membuat buku/membuka akaun.
Contoh sekiranya anda mempunyai matlamat seperti berikut (nama bank/intitusi adalah sebagai contoh sahaja):
i. Tunaikan Haji - buka akaun Tabung Haji
ii. Ubahsuai/beli rumah- buka akaun Bank Takyat
iii. Perbelanjaan -akaun Maybank (bank yang sama dengan gaji).
iv. Simpanan kecemasan- Bank Islam
v. Pelaburan- Tabung amanah/simpanan tetap etc.
Saya sendiri mempunyai 7 akaun yang mempunyai tujuan berbeza. Apapun dengan mempunyai akaun yang berbeza memudahkan saya menyemak dan mengenalpasti bilakah matlamat saya akan tercapai.
Jika anda bercadang untuk melunaskan hutang lebih awal, maka bukalah satu akaun untuk tujuan tersebut.
Sekian dahulu buat kali ini. Jumaat yang penuh keberkatan, harap dapat memberi kebaikan untuk kita semua.
-salam perkongsian- salam ingatan agar kita lebih bijak urus wang kerana esok kita akan ditanya ke mana kita belanjakan wang-
Wassalam
-aishah ghani-
perunding unit amanah separuh masa
Comments
Post a Comment