Salam sejahtera & semoga dianugerahkah Allah kesihatan, kelapangan hati & minda...
Terasa bersalah kerana sekian lama tidak menulis di blog. Tiada ilmu yang dapat saya kongsikan kerana tiada masa yang dapat diluangkan untuk menulis...
Tidak lama lagi Ramadhan akan menjelang & ramai di kalangan kita akan kumpulan wang untuk perbelanjaan di bulan ramadhan & Syawal. Topik kali ini diharap dapat dimanfaatkan di bulan ramadhan & bulan-bulan seterusnya.
1. Menu buka puasa- boleh tak anda hadkan 2 lauk & 1 sayur?-Adalah lebih baik anda masak sekiranya berkesempatan dan terutamanya bagi yang berkeluarga. Ada yang menjawab telah penat bekerja & penat untuk memasak. Jadi? Masaklah 1 lauk & beli 1 lauk-Jika anda suka lauk berkuah maka beli yang berkuah seperti gulai atau masak lemak dan lauk goreng boleh dimasak sendiri. Sekiranya anda membeli lauk sehari RM15 x 25 hari=RM375.00
2. Tanamkan minat makan ulam atau sayur segar- Anda dapat berjimat jika makan ulam dengan sambal. Bukan sahaja jimat masa untuk memasak tetapi jimat kerana tidak perlu membazir jika tidak dapat dihabiskan boleh disimpan. (Sayur siap masak RM5x25 hari=RM125)
3. Air?--Buatlah air untuk berbuka puasa, elakkan membelinya.Sekali sekala tidak mengapa tetapi jika setiap hari anda membelinya. Pastinya anda tidak dapat berjimat.Setiap hari sebuah kelaurga membeli air sebanyak RM5.00 dan sepanjang ramadhan RM125.00 (anggaran 25 hari sahaja beli di kedai).
Berapa anda dapat jimat?--->>>>>--->>>3 tips di atas sekiranya anda amalkan jumlah RM625.00 dapat dikurangkan menjadi RM300.00 mungkin atau RM400.00 mungkin. Duit dari penjimatan tersebut boleh anda peruntukan untuk membeli keperluan raya.
Sekian dahulu-- akan bersambung tips penjimatan yang lain.!!!
Salam sayang buat semua pembaca...
-aishah ghani-

Comments
Post a Comment