Sebiji Telur Ayam..


Salam sejahtera..

Pernah dengar iklan di ikim.fm?
"Kalau anda ada sebiji telur ayam, jika direbus, dimakan dan akan habis. Jika anda biarkan ia menetas dan beranak dan beranak anda akan dapat banyak telur ayam......melaburlah di Amanah Saham Nasional.."...

Begitulah lebih kurang iklan tersebut.

Saya kerapkali memberi contoh jika ada duit anda beli ayam dan ternak dan ia akan membiak dengan banyak. Katakan semasa anda membeli ayam harga pasaran ayam proses adalah RM7.80/sekilo dan tiba-tiba setelah setahun harga ayam telah jatuh ke RM7.00. Tetapi bukankah ayam telah membiak dan mungkin pada masa itu ayam anda telah 20 ekor atau lebih. Jadi walaupun harga jatuh tetapi kuantiti bertambah jadi kesan kejatuhan harga tidak memberi kesan kepada anda. Itulah perumpamaan dalam pelaburan unit amanah. Setiap tahun pelabur akan diberi unit tambahan dan setiap tahun unit akan bertambah.


Itulah perumpamaan jika anda melabur di mana-mana pelaburan unit amanah. Jika anda melabur RM1,000 dan biar dalam tempoh tertentu, pastinya jumlah tersebut akan bertambah  setiap tahun kerana:
* Pelaburan di unit amanah akan memberi anda unit tambahan setiap tahun akhir perakaunan.
* Jangan risau, memang anda akan mendapat pulangan sama ada sedikit atau banyak bergantung kepada prestasi dana tersebut.

Apapun sebagai konsultan unit amanah saya nasihatkan agar melaburlah dalam dana yang patuh syariah kerana sekarang banyak bank yang menawarkan dana amanah saham yang patuh syariah. Kenapa kita mesti melabur di dana yang tidak patuh syariah sedangkan kita ada pilihan.

Jika anda ingin mendapatkan maklumat mengenai pelaburan di unit amanah, jangan segan-segan hubungi saya. Jika ingin hadiri seminar/taklimat yang dikendalikan SIDC (suruhanjaya yang menjaga dan memantau pelaburan) boleh akses laman sesawang SIDC untuk maklumat lanjut.

Sekian, salam perkongsian--

-

Comments