Salam sejahtera...
Dah lama saya tidak menulis di
blog. Tidak berkesempatan kerana di waktu rehat saya luangkan sedikit masa
pulang ke rumah untuk selesaikan perkara-perkara rutin.
Kali ini saya akan kongsikan
sedikit soalan yang pernah ditanyakan kepada saya. Dialog di bawah telah
diubahsuai.
Ayuni : “Bagaimana saya nak
dapatkan income setiap bulan dengan
duit yang saya ada?”.
Saya: “Berapa banyak awak ada?
Dan apa target awak?”
Ayuni: “Dalam RM10K dan saya
bercadang dengan pelaburan atau apa kaedahpun membolehkan saya mendapat
pulangan setiap bulan. Pulangan itu boleh saya gunakan untuk membayar hutang
atau perbelanjaan bulanan”.
Dah..Habis dialog..(jika ditulis panjang dikhuatiri menjadi cerpen pula).
Jom saya kongsikan pandangan saya
dalam perkara ini.
1. RM10K
bukanlah jumlah yang banyak untuk dibuat pelaburan dan ia terhad kepada
pelaburan tertentu sahaja. Jika ingin laburkan dalam saham tentulah tidak cukup
dan risiko yang tinggi. Sedangkan itu sahajalah duit simpanan anda.
2. Labur
dalam amanah saham. Ia tidak memberi pulangan setiap bulan kerana unit tambahan
atau dividen atau juga bonus akan diberikan sekali setahun apabila akaun
ditutup setiap tahun. Lagipun tiada ejen unit amanah yang akan mencadangkan
kepada anda beli bulan ini dan jual pada bulan hadapan.
3. Labur
emas?Mungkin boleh dipertimbangkan tetapi jika harga emas jatuh bagaimana anda
ingin mendapat pulangan. Ia bergantung kepada kenaikan harga emas. Dan anda
juga perlu pantau harga emas dari semasa ke semasa. Ada yang mendapat pulangan
dalam 2 bulan, atau 6 bulan dan sebagainya.
Untuk mendapat
pulangan setiap bulan, anda boleh:
1. Labur
dalam perniagaan perkongsian. Tetapi kenalpasti jumlah pembahagian keuntungan.
Ramai di kalangan kita yang minat memulakan perniagaan tetapi tiada modal dan
bagi perniagaan modal kecil bolehlan anda menjadi pelabur. Mesti diingat
jelaskan tentang perkongsian dan buatlah hitam putih perjanjian.
2. Rebutlah
peluang berniaga sendiri. Mungkin anda boleh usahakan untuk berniaga
kecil-kecilan yang tidak menganggu kerjaya anda. Dulu saya pernah berniaga
secara bermusim kerongsang dan juga minyak wangi. Ulang alik ke Kuala Lumpur
saya yerfikir untuk dapatkan stok di Jalan TAR dan juga dari pembekal minyak wangi Gred AAA. Pembelian
secara borong membolehkan saya mendapat
harga RM5 bagi 1 set kerongsang yang dijual dengan harga RM10. Dengan pembelian
30 set dan saya menjualnya dengan harga RM8-RM10 bergantung jumlah yang dibeli
membolehkan saya memperolehi keuntungan bersih sebanyak RM60. Tentulah gembira bukan? Kerana perjalanan
ulang-alik ke Kuala Lumpur seperti percuma
(kos ditolak dari penjualan kerongsang) disamping itu dapat mencari
pengalaman berniaga.
3. Jika
anda mempunyai simpanan sekitar RM30 ribu. Beranikan diri membuat pelaburan
hartanah. Di Pahang terdapat rumah lelong yang harganya sekitar RM50-RM150K. Bagi rumah yang RM70K anda perlu menyediakan sekitar RM10 ribu wang tunai bagi
10% deposit rumah, urusan peguam dan juga sedikit tambahbaik rumah. Belilah
rumah yang tidak perlu diubahsuai atau
dibaiki. Jadi dengan RM10 ribu tunai anda dapat memiliki sebuah rumah dengan pinjaman peribadi. Rumah tersebut boleh disewakan atau dibuat homestay. Tetapi ingat, sebelum membuat pelaburan hartanah, carilah lokasi yang sesuai dan jika ingin
mendapat untung pastikan sewa @pulangannya lebih tinggi dari pinjaman peribadi
yang anda lakukan.
-Sekian dahulu
setakat yang saya mampu kongsikan. Semoga ianya memberi sedikit faedah kepada
para pembaca-
Salam perkongsian
buat anda!!...
Aishah Ghani-
1:35pm._Jumaat
Comments
Post a Comment