Assalamualaikum, salam sejahtera & salam di hari Jumaat.
Salam buat semua setelah sekian lama tidak menulis.
Entah kenapa otak ini macam membeku sahaja.
Kadang rasa bersalah sebab tidak menulis apa-apa untuk tatapan semua.
Oh ya…Kali ini saya akan kongsikan dengan pembaca tentang perkara yang ramai
orang buat & ramai juga yang tidak
buat. Mungkin anda telah tahu dengan penggunaan kad kredit anda boleh
menebus mata ganjaran sama ada dengan
baucer atau dengan produk. Untungkan?
Siapa yang tidak mahu
setelah anda berbelanja dan apabila cukup masa anda akan diberikan baucer sama
ada baucer Watson, Tesco, Guardian, Mydin dan sebagainya. Pendek kata banyak baucer
outlet yang ditawarkan .
Jadi bagi anda yang mempunyai kad kredit, berbelanjalah
dengan swipe sahaja dan tunggu masa
anda akan mendapat manfaatnya. Tetapi ingat jangan swipe melebihi kemampuan anda hingga terpaksa membayar
interest yang dikenakan. Dan setelah swipe jangan lupa membayar sebelum
tarikh yang ditetapkan.
Tip ini juga telah dinyatakan di dalam buku Kad Kredit: Fahami kekuatan & aplikasikan kelebihannya.
Di mana saya telahpun post topik
tersebut.Untuk membaca secara terperinci kelebihan kad kredit, sila klik disini.
Kalau bercakap sahaja tanpa memberi contoh tiada
gambar-gambar tentu tidak menarik. Jadi, jom tengok apa yang mampu saya tebus dengan nilai
ganjaran kad kredit yang saya perolehi
hingga bulan ini.
Mata ganjaran yang saya perolehi sebanyak 16,492. Apa
yang boleh saya tebus?
|
|
||||||||||||||||||||||||
|
Sheaffer 500 Glossy Black with Gold Trim Ballpen
|
||||||||||||||||||||||||
Playskool - Play Favourite Shapey Turtle
|
|
Menarik kan?..Pernah kawan saya kumpulkan mata
ganjaran untuk tebus barang yang dia suka. Apa salahnya anda boleh mendapatkan
sesuatu tanpa mengeluarkan wang.
Tidak lama lagi sesi persekolahan akan bermula,
mungkin anda boleh hadiahkan anak anda pen Sheaffer
500 Glossy Black with Gold Trim Ballpen (dengan mata ganjaran 15,000)
sebagai hadiah pencapaian cemerlang beliau dalam akademik dan sebagainya. Atau
mungkin juga bagi anak-anak yang akan dihantar ke sekolah asrama anda boleh
hadiahkan SONY Radio Clock ICF-C128 (dengan mata ganjaran 15,800). Hmmm tentu
anak anda gembira dan anda pun tersenyum lebar kerana tidak perlu mengeluarkan
wang untuk memberi hadiah tersebut.
Apa yang penting jika kita berbelanja tunai kita
tidak akan memperolehi kelebihan ini tetapi jika bijak menggunakan kad kredit
anda boleh merebut peluang yang diberikan.
Selamat berbelanja menggunakan ‘kad plastik’!...
1:12PM
aku dan potong dah kad kdt
ReplyDeleteKenapa potong?..apply la yg tak perlu bayar caj perkhidmatan tahunan tu. Ada beberapa bank yang tawarkan 'tiada caj' jika kita berbelanja.Kalau tak boleh kawal perbelanjaan guna kad plastik..hmmm bahaya tu
ReplyDeletekawe pun dah 5 tahun tak guna kad kredit, Alhamdulillah hidup lebih tenang..
ReplyDeleteRazma MM, ni tenang sbb dulu laju je swipe ye.:).Apapun pilihan yang sesuai dengan Razman MM.
ReplyDeleteDulu saya xsuka pakai duit plastik ni ttp sejak tawaran menarik skrg 2 kad kredit yg ada takaful & tiada caj perkhidmatan. Tambahan pula stlh tahu cara guna yang lebih efektif.