Kekayaan Dan Keberkatan



Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua.

Semoga di penghujung tahun masihi 2012 ini membolehkan kita lebih bersemangat untuk memperbaiki diri dan perbaiki poket. Mungkin ada di kalangan kita setiap awal atau akhir tahun membuat azam.

 Apa azam anda?

Ada tak azam “saya nak jadi kaya?”

Kalaulah kaya itu senang dicapai senang diperolehi sudah tentu ramai hartawan dan jutawan di Malaysia ini. Tetapi hakikatnya untuk menjadi kaya perlukan pengorbanan!

Korban nafsu…

Korban masa…dan banyak lagi korban diperlukan tetapi jangan sampai korban iman.

Jika kita bekerja makan gaji maka carilah gaji yang berkat barulah akan terasa ‘kaya’  dan pendapatan akan cukup untuk perbelanjaan. Bukan soal banyak atau sedikit pendapatan tetapi bagaimana anda membelanjakannya.

Ada yang berpendapatan banyak tetapi masih tidak mencukupi dan ada orang yang kecil gajinya tetapi mencukupi. Di situlah letaknya  keberkatan dan rasa ‘kecukupan’.
Salah satu cara untuk kaya  bukan menambah pendapatan tetapi kurangkan perbelanjaan. Mungkin anda pernah mendengarnya. Kalau gaji kita besar sekalipun dan perbelanjaan kita besar, maka kita akan rasa sentiasa tidak cukup. Jika anda dalam kategori ini sesekali rujuklah pada kawan yang gajinya kecil dan mempunyai tanggunggan yang agak ramai tetapi sentiasa rasa cukup. Mungkin anda boleh pelajari sesuatu.
Berjela-jela pula ayatnya. Jom saya kongsikan sedikit pengetahuan yang ada di sepanjang anugerah umur yang diberikan oleh Ilahi:-----

1. Carilah rezeki yang berkat. Kalau kita tidak gemar kerja kita tetapi mesti buat yang terbaik. Kalau kita tak suka bos kita tetapi ingatlah kita bukan bekerja untuk bos tetapi kerja kerana Allah untuk rezeki yang kita guna, kita beli makanan untuk tubuh badan membesar dan sihat. Dan dengan rezeki itulah kita buat ibadat khusus bukan? Jadi kenapa kita bermasam muka dengan rakan sekerja, bercakap belakang, kutuk mengutuk dan tidak puas hati dengan pengurusan. Takdir telah aturkan yang terbaik untuk kita. Jadi kenapa mesti merungut  tentang tugasan, tentang bos, tentang staf teruk perangainya. Jika masing-masing ingat tanggungjawab dan ingin perolehi rezeki  yang terasa ‘kaya’ semua ini tidak akan timbul.
Fuh panjang lebar pula maklumlah baru sahaja selesai tazkirah beberapa minggu lepas di mana penulisan oleh Ustaz Pahrol ‘Takdir mengatasi tadbir’.


2. Kurangkan belanja. Jika gemar membeli barangan mahal tukar kepada barangan yang murah dan kualiti berpatutan.Jika sudah membeli barang murah maka cuba baca no.5.

3. Jangan lupa setiap bulan sedekah walau sedikit kerana Allah akan memberi gandaan keberkatan dan rezeki yang melimpah.

4. Jangan membazir baik dalam makanan mahupun keperluan lain.

5. Senaraikan barang yang tak sepatutnya anda beli

6. Amalkan sepanjang 6 bulan dan lihat hasilnya. Kadangkala  boleh lihat dalam tempoh sebulan.

7. Tak cukup lagi?

8. Barulah tambah pendapatan anda dengan membuat perniagaan sampingan. Tak semua minat berniaga dan mempunyai masa untuk berniaga tetapi bolehlah mencuba sesuatu yang paling sesuai dengan anda.

Kalau dah banyak simpanan barulah boleh mengembangkan lagi kekayaan anda. InsyaAllah akan dikongsikan di topik akan datang.

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya.Semoga sedkit yang dikongsikan ini memberi manfaat kepada anda. Sudilah kiranya joint as follower sekiranya berminat untuk mengikuti penulisan di blog ini. Komentar, pandangan dan cadangan bolehlah dikongsikan di sini.

-Salam buat semua, semoga berlapang dengan rezeki yang diperolehi-

Aishah Ghani

Comments

  1. Salam..,

    This is a good sharing...thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2Ns Terima kasih.Jika ada cadangan topik boleh dikemukakan.InsyaAllah saya akan kongsikan.Jika berkelapangan jenguklah selalu--:)

      Delete
  2. "Wealth and blessings" - a phrase that transcends material riches. True abundance encompasses not just financial success, but also emotional well-being, relationships, and a sense of purpose. How Watch Iplayer Blessings are found in both tangible and intangible treasures.

    ReplyDelete

Post a Comment