Image di ambil di link ini |
Salam buat semua pembaca
Salam sejahtera di hari Jumaat
Antara minggu-minggu terakhir di tahun 2012
Oh!...Bonus dah masuk.. Tak kiralah anda di sektor awam
atau di sektor swasta tentu sudah mengetahui berapa banyak bonus anda. Bahkan ada
yang dah keluarkan bonus.
Kali ini saya tergerak untuk mengajak pembaca fikir sejenak.
Apa yang anda buat dengan bonus?
Adakah bonus untuk membayar perbelanjaan yang terlebih pada
awal bulan atau pada bulan lepas?
Atau bonus akan dihabiskan sempena YES (Year End Sales).
Berikut beberapa perkara yang boleh dilakukan selain berbelanja atau cuti-cuti
Malaysia.
1.
Simpan dahulu sedikit untuk diri anda. 10%
ataupun lebih baik jika dapat menyimpan 30%.
2.
Agihkan sedikit untuk membantu saudara kita di
Palestin, jika sebelum ini anda tidak berbuat demikian kerana kekangan
kewangan.
3.
Jika anda belum lagi membuat akikah untuk anak
anda, inilah masanya di cuti yang banyak di bulan Disember dan di saat ada
bonus. Jangan tangguhkan perkara yang wajib.
4. Jangan lupa bayar hutang jika anda ada berhutang dengan
saudara mara atau sahabat handai.
5.
Sebelum membeli barang kehendak, cuba anda
jenguk dan pusing-pusing di dalam dan diluar rumah anda apa perkara WAJIB yang
anda perlu ada atau selesaikan. Contohnya penapis air perlu ditukar kerana
telah tamat tempoh, tayar kereta yang telah botak (merbahaya untuk pemanduan),
siling rumah rosak, pengisar telah tumpul dan sedikit pecah dan macam-macam
lagi.
6.
Tengok keperluan anda dalam 2-3 bulan akan
datang. Mungkin cukai jalan kereta akan tamat dan bil MPK untuk tahun 2013 pun
telah diedarkan. Adalah elok bayar awal sementara duit masih banyak.
7.
Beli aset...Wow!!... mungkin emas, rumah,
hartanah dan sebagainya. Ia salah satu bentuk pelaburan.
8.
Buat pelaburan
sama ada di unit amanah yang rendah risikonya atau saham yang agak
tinggi risikonya. Tanya diri anda tahap risiko yang anda mampu tanggung.
9. Cukuplah sampai 8 sahaja cadangan cara menggunakan bonus tahun 2012 anda. Semoga dipertemukan lagi di lain penulisan.
--Salam perkongsian-
Aishah Ghani
Comments
Post a Comment