Perlindungan Takaful Percuma Melalui Unit Amanah


Salam sejahtera buat semua.


Beli 1 percuma 1 dalam Unit Amanah!...

Bagi anda yang pernah membaca di blog saya tentu faham maksud beli 1 percuma 1. Kali ini di waktu rehat yang panjang saya ingin berkongsi sedikit mengenai pelaburan di unit amanah atau unit trust yang menawarkan beli 1 percuma 1.

Maksudnya? Beli dana tertentu  dan pelabur akan memperolehi perlindungan takaful secara percuma.

Syaratnya jumlah minima pelaburan adalah RM5,000.00. Boleh dibuat pelaburan serentak/sekaligus atau secara ansuran dan apabila cukup pelaburan sebanyak RM5,000 maka layak untuk memperolehi perlindungan takaful (perlindungan takaful hingga berumur 59 tahun sahaja).

Tidak semua dana mempunyai perlindungan takaful. Tanyalah ejen/ konsultan sekiranya berminat untuk mendapat faedah percuma ini.

Jumlah takaful yang akan diperolehi adalah sebanyak pelaburan anda. Sekiranya anda melabur sebanyak RM10,000, jadi perlindungan takaful juga sebanyak nilai tersebut.  Sekiranya berlaku kematian, waris akan menerima RM10,000 (pelaburan) +takaful. Itulah maknanya beli satu dapat dua!

Ada yang bertanya kepada saya apa faedahnya membeli dana yang mempunyai perlindungan takaful. Jawapannya seperti anda mempunyai perlindungan takaful tanpa perlu membayar apa-apa kecuali pelaburan anda tersebut. Ia akan memberi khairat kematian dan kecacatan kekal dan perlindungannya tidaklah seluas sebagaimana anda membeli takaful persendirian dengan bayaran bulanan.

Namun perlu diingat kembali kepada tujuan  asal anda membuat pelaburan, adakah untuk jangka sederhana atau jangka panjang. Ketahui berapa pulangan yang diperolehi bagi dana yang mempunyai takaful. Mungkin sesetengah dana yang dilindungi takaful mempunyai pulangan yang sederhana dan kurang memberangsangkan. Ada yang sekitar 4%-6% setahun dan kadangkala agak tinggi.

Jika ada membuat pelaburan jangka sederhana iaitu sekitar 3-5 tahun, adalah lebih baik anda membuat pelaburan pada dana yang purata pulangannya tinggi kecuali memang matlamat anda untuk mendapatkan perlindungan takaful.

Jika pelaburan kurang dari RM5,000 atau dengan kata lain anda telah menjual beberapa unit dan menyebabkan nilai pelaburan berkurang, jadi perlindungan takaful juga secara automatic tidak layak.

Sekiranya membeli dana bertakaful waris atau penama di dalam borang takaful secara automatik layak menerima 'RM" tanpa perlu menunggu wasiat atau perintah mahkamah dan sebagainya bersama harta-harta pelabur  (si mati) yang lain. Ini akan membantu waris mendapatkan kewangan dengan lebih cepat.

Rasanya, cukup setakat ini sebagai perkongsian dan diharapkan ia memberi sedikit gambaran kepada pembaca mengenai unit amanah yang tidak terhad kepada nilai pelaburan semata-mata.

Sekian dan salam perkongsian semoga terus menimba ilmu.

-Aishah Ghani-

Comments

  1. Assalamu'alaikum Wrmbth. Terima kasih atas info berguna diatas. Sememang erti hidup pada memberi.

    Hati akan senang dan tenang sekiranya kita berikan yang terbaik didunia untuk alkhirat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana sudi meluangkan waktu untuk membaca. Harap ianya dapat dikongsi dengan sahabat yang lain.

      Delete

Post a Comment