Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua pembaca…
Semoga melalui hari-hari yang membahagiakan dan dalam keberkatan
Ilahi, rezeki yang melimpah ruah dan paling penting anugerah kesihatan yang tak
terhingga sehingga membolehkan kita melayari internet.
Kerap rakan-rakan atau pembaca
bertanya kepada saya “untung ke melabur di unit amanah/ unit trust?”.
Kalau jawapan sebagai konsultan unit amanah
tentulah untung (kalau rugi untuk pelabur saya pun takut nak jadi ejen).
Saya ingin menjawab soalan tersebut secara paling mudah difahami (insya
Allah). Dari 7 kelebihan unit amanah, salah satunya adalah memberi pulangan
lebih tinggi berbanding simpanan. Jika simpanan di bank kadar pulangan sekitar
2%-4%. Manakala pelaburan di unit amanah mencecah 10-15%.
Sesetengah dana kadangkala mampu memberi pulangan hingga 20-30% setahun. Dengan kata lain memang menguntungkan!.Ini berdasarkan rekod pemulangan unit amanah tersebut.
Tiada jaminan bahawa pulangannya akan sentiasa tinggi setiap tahun. Kerana itu unit amanah sesuai untuk simpanan jangka sederhana-jangka panjang sahaja. Jika anda mengharapkan pulangan dalam tempoh setahun atau 6 bulan, carilah pelaburan lain yang lebih tinggi risikonya dan tinggi pulangannya.

Adakah semua dana unit amanah memberi pulangan 10%-15%?
Tidak. Tidak semua dana dan tidak setiap tahun. Ini kerana prestasi
setiap dana adalah berbeza dan risiko pelaburan setiap dana juga berbeza.
Bacalah prospektus atau tanyalah ejen sebelum membuat pelaburan. 10%-15% adalah
purata pulangan. Setiap tahun institusi yang mengurus pelaburan unit amanah akan
mengeluarkan laporan tahunan dan akan menunjukkan prestasi ringkas setiap dana.
Contohnya terdapat dana di mana;
Tahun
|
Pulangan
Dana PI** (%)
|
1
|
9.8
|
2
|
72.21
|
3
|
-15.2
|
4
|
6.59
|
5
|
24.47
|
Jadual di atas adalah contoh sebenar yang diambil dari Ulasan Dana Suku
Tahunan. Sekiranya anda membuat
pelaburan pada tahun pertama dibuka dan tetap meneruskannya, maka tentulah anda
gembira kerana pada tahun kedua pulangan yang diberikan sebanyak 72.2%.
Tetapi bagaimana pula jika anda memulakan pelaburan pada tahun ke-3 dana tersebut dibuka?
Tentu terasa serik kerana pulangan negatif. Namun jangan cepat melatah kerana unit amanah adalah pelaburan jangka panjang, teruskan melabur kerana pada tahun ke-4 dan ke-5 pulangannya sangat kompetitif. Walaupun pulangan adalah negatif tetapi pelabur tetap diberikan unit tambahan setiap kali tahun kewangan berakhir. Inilah salah satu kebaikan unit amanah di mana pelabur tetap akan diberikan unit tambahan walaupun harga jatuh.Setiap tahun bilangan unit akan bertambah dan sekiranya harganya jatuh tetapi dengan pertambahan unit ia akan memberi pulangan kepada pelabur.

Sebagai konsultan unit amanah suka saya ingatkan kepada semua, fahami
matlamat anda, jelas apa yang anda ingin labur. Jangan melabur kerana kawan
atau saudara mara semata-mata. Jangan sekadar melihat % pulangan sahaja tetapi
sesuaikan dengan kemampuan anda untuk menanggung risiko.
Selain itu terdapat dana unit amanah yang menawarkan ‘beli 1 percuma 1’ dimana dengan sejumlah RM5,000 pelaburan anda akan diberi perlindungan takaful dan sekiranya pelabur meninggal, waris akan mendapat duit pelaburan dan juga takaful yang sama jumlahnya dengan pelaburan tersebut. Topik ini insyaAllah akan dibincang di lain masa.

Fuhhh!!!.. Dah panjang menulis, maklumlah di hari cuti, otak masih
banyak idea di pagi hari dimana si kecil masih lena diulik mimpi.
Sekian, salam manis buat semua
-aku yang mencuri
masa untuk menulis-
Aishah Ghani
Comments
Post a Comment