Capai Matlamat Kewangan Keluarga- Petikan Interviu Pengarah PPDNKK



Salam sejahtera buat semua pembaca blog saya dan besar harapan saya agar ia memberi manfaat kepada pembaca yang mengenali saya atau tidak mengenali saya. Minggu lepas dek kesibukan, tiada kesempatan untuk menulis dan hujung minggu sempatlah saya tulis kembali interviu yang diambil dari Majalah Anis- April 2012.
Ramadhan yang bakal diraikan nanti berdoalah kita agar menjadi insan yang lebih baik, tidak membazir dan melatih diri sesuai sebagai  ‘bulan mentarbiah’.
-----------------------------------------------------------------------

“Pasangan suami isteri perlu menetapkan satu matlamat  kewangan keluarga dan pastikan ia dapat dicapai”.

Teks ini ditulis dari temubual wartawan majalah Anis dengan Encik Muhabir Ibrahim, Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri Melaka.

Katakan matlamat kewangan keluarga adalah mengerjakan umrah, setiap bulan pasangan perlu membuat simpanan seperti yang telah ditetapkan.

 Tiga Pecahan peruntukan:
1.Kos perbelanjaan untuk keperluan-=70%
2. Simpanan =20%

Peruntukan untuk ketiga-tiga ini amat penting dan pecahan mestilah ada peruntukan. Kita boleh menggunakan wang simpanan untuk kecemasan, tetapi jika tiada berlaku kecemasan dan dalam tempoh tertentu kita boleh gunakan simpanan untuk ke pelaburan/tabungan. Bagi pelaburan, kita perlu ambil tahu sedikit sebanyak ilmu pelaburan.

Tiga saranan rancang kewangan:

1-      Meningkatkan pengetahuan tentang pengurusan kewangan.
Ilmu boleh diperolehi dengan membaca blog atau membeli buku yang berkaitan.  Anda boleh menghadiri seminar dan sebagainya.
2-      Mencatat perbelanjaan harian- untuk mengetahui perbelanjaan mana yang  paling tinggi  dalam satu-satu bulan supaya berjaga-jaga untuk bulan seterusnya.
3-      Jangan berhutang- Kita berbelanja lebih dari kemampuan jika kita berhutang dengan institusi kewangan atau menggunakan kad kredit kerana perlu membayar ‘interest’ yang tinggi. Namun begitu sesekali kita perlu berhutang untuk membeli rumah, kereta tetapi hutang ini dianggap produktif kerana memberi manfaat terutamanya aset rumah.

Sekian, terima kasih kerana sudi menjengah di blog saya ini. Majalah Anis boleh didapati di perpustakaan jika anda ingin jimatkan perbelanjaan sebanyak RM7.00.

-Salam ceria-
Aishah Ghani- Unit Trust Consultant


Comments