Urus Wang Dengan Bijak..

· 


  Salam  buat semua pembaca…
     Saya berharap sepanjang 3 bulan blog saya diaktifkan ini, semoga para pembaca dapat menambah ilmu dalam kewangan dan pelaburan, menjadi pemangkin untuk menimba ilmu yang lebih untuk manfaat diri & keluarga serta agama tentunya.
Hujung minggu saya boleh menulis tajuk yang agak panjang dan perbincangan yang agak lengkap.Namun saya tetap masukkan topik di hari Jumaat di waktu rehat yang panjang. Kali ini saya akan kongsikan pilihan yang ada dan mungkin lebih bijak untuk kewangan para pembaca. Ia berdasarkan apa yang saya baca dan juga sedikit pengalaman dalam melaksanakannya. 

Urus Wang Anda (RM30,000)
Item
Perkara
Pilihan 1
Pilihan 2
Pilihan 3
1.
Harga Kereta
RM95,000*
RM95,000*
RM43,000**

Bayaran muka
RM25,000
RM15,000
RM10,000

Ansuran bulanan (9tahun)
RM 796.90(2.55%)
RM910.74(2.55%)
RM386.68(2.95%)

Baki
RM113.84
-
RM524.06
2.
Pelaburan Unit Amanah
RM5,000
RM10,000
RM10,000
3.
Bayar Muka Rumah
-
-
RM10,000
4.
Aset selepas 9 tahun




-Kereta
 Ya
 Ya
 Ya

-Unit Amanah
RM11,789.50 (10%)
RM23,579 (10%)
RM23,579 (10%)

-Rumah
-
-
RM100,00.00

   * ----Baki merujuk kepada Ansuran bulanan tertinggi (pilihan 2) –ansuran bulanan yang dipilih
·        - Andaian purata pulangan Unit Amanah 10% setahun selama 9 Tahun
          

Situasi: Anda mempunyai RM30,000 dan cadangan asalnya adalah untuk membeli kereta import berharga RM95K. Daripada menghabiskan RM30K  untuk membayar muka kereta tersebut, anda boleh mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada. Anggaplah kemampuan anda membayar ansuran kereta adalah sebagaimana pilihan 2.

Rasanya saya tidak perlu memperincikan semua kerana telahpun diringkaskan dalam jadual di atas. Secara ringkasnya, selepas 9 tahun:-

Pilihan 1- Anda akan memiliki kereta dan pelaburan di Unit Amanah. Kereta yang mana tentunya telah susut nilai dan anda takkan mampu menjualnya  walaupun separuh daripada harga asal yang dibeli. Tetapi jika baki RM113.84 anda melabur di Unit Amanah setiap bulan sebanyak RM100, dan dalam tempoh 9 tahun, nilai pelaburan sebanyak RM17,550. Jadi selepas 9 tahun pelaburan di anda sebanyak RM29,339.50 (RM17550+RM11,789.50)

Pilihan 2:-Anda akan memiliki kereta dan pelaburan di Unit Amanah tetapi pilihan 1 adalah lebih tinggi kerana membuat pelaburan bulanan.RM23,579.

Pilihan 3- Memilih kereta tempatan dan baki daripada duit yang ada digunakan untuk membayar muka bagi pembelian rumah dan juga pelaburan di unit amanah, Baki sebanyak RM524.06 digunakan untuk membayar ansuran bulanan rumah. Jika anda membeli rumah lelong yang lebih murah anda mungkin telah selesai membuat bayaran bagi rumah tersebut dari  baki wang anda.


Pilihan 3 adalah perubahan paling ketara yang diperlukan dan juga mengubah citarasa anda dari membeli kereta import kepada kereta tempatan. Kerana itu anda juga mampu memilki lebih banyak faedah di akhirnya…

Jadi, dalam apa jua situasi, sentiasa memberi diri ruang untuk membuat pilihan. Baik melibatkan kewangan atau aspek lain, baik anda seorang yang ‘mampu’, apatah lagi kurang mampu.

Selamat membuat pilihan!..pilihan yang akan menentukan apa yang anda miliki..Jika anda ingin bertanya lebih terperinci  mengenai cara pengiraan dan sebagainya, silalah respon di sini untuk dikongsi dengan pembaca yang lain.
 Sekian, wassalam….

Comments