Pelaburan Secara Potongan Tetap (DDI)

Salam buat semua pembaca...

Hari ni saya ingin berkongsi faedah jika anda membuat potongan secara berkala untuk pelaburan unit trust. Tak kiralah anda melabur di unt trust yang mana. Jika menawarkan potongan secara tetap, gunakan peluang  ini kerana. Contoh jika anda melabur di bawah dana PISEF (contoh salah satu dana unit trust) dan membuat potongan secara tetap. Faedahnya:

1. Anda boleh pilih sama ada potongan setiap bulan/ 2bulan sekali atau suku tahun ( 4bulan sekali/quarterly).

2. Jika anda mampu boleh buat potongan RM1000, RM500 atau berapa sahaja setiap bulan atau secara berkala yang anda pilih. Minimum potongan adalah RM100.

3. Tak perlu telefon ejen anda untuk serahkan cek atau pergi ke bank untuk tambah pelaburan anda. Di sini jimat masa & duit minyak. (Pastikan telah mengisi borang DDI)

3. Jika dana tersebut ditutup, anda tetap boleh membuat pelaburan tambahan. Sebaliknya jika anda tidak membuat DDI, anda tidak boleh tambah pelaburan. Rugi sangat sekiranya di saat itu harga dana jatuh tetapi anda tidak boleh tambah unit pelaburan.

4. Jika anda tiada duit di bank yang dibuat DDI, potongan tersebut tidak akan di bawa ke hadapan (tidak dianggap sebagai anda berhutang). Jadi, anda tidak perlu risau jika pada bulan tersebut anda nak guna duit tersebut untuk perkara yang lebih penting. Contoh potongan bulanan RM200.00 dan pada Jun baki di bank anda tiada hanya ada RM100 sahaja, maka tiada potongan dilakukan pada bulan tersebut. Manakala pada Julai potongan anda tetap RM200 bukannya RM400.

5. Tahukah anda dalam jangka panjang DDI akan lebih memberi pulangan yang tinggi berbanding simpanan lump sum.  Sila rujuk anggaran di pocket calculator ini.

Jika anda telah melabur, dan ingin membuat DDI, hubungilah ejen anda untuk mengisi borang yang disediakan.

Sekian, dahulu untuk kali ini...renung-renungkan....Jika berminat untuk mengetahui lebit lanjut, jangan segan hubungi saya...






Comments