Jimat Wang, Hati $enang!!!


Salam sejahtera buat semua pembaca...

Minggu ini saya akan kongsikan buku "Jimat Wang, Hati $enang!!!" yang baru sahaja beberapa  minit selesai dibaca. Walaupun mengurus wang adalah 'common sense' tetapi berapa ramai di kalangan kita tetap terlepas pandang & merasakan apa yang kita buat adalah keperluan bukan kehendak. Kadangkala kita buat sebab memang tabiat kita yang sedia ada sejak dahulu. Sedangkan jika kita buang tabiat tersebut ia boleh memberikan pulangan lebih baik, lebih menguntungkan dan lebih bermanfaat  untuk diri sendiri. Jom!...

Berikut 10 tips yang saya ambil. Buku ini mengutarakan sebanyak 93 teknik menjimatkan wang  cara mudah & berkesan. Harap ianya bermanfaat untuk anda!..

1. Buat perancangan-halatuju & matlamat dalam hidup. Contoh- apa yang ingin dicapai setelah bersara atau di usia emas anda dan sebagainya. Perancangan paling utama mengenai dari mana pendapatan & ke mana nak belanja; berapa sasaran penjimatan; apa yang akan diperolehi dgn penjimatan tersebut etc..

2. Sertai program kesetiaan seperti kad mesra Petronas, kad jusco dan sebagainya untuk menikmati potongan serta promosi. Disamping itu kita akan dapat penebusan mata ganjaran. Contoh anda telah berbelanja dan mendapat point 10,000 dan antara ganjaran diberi adalah kupon RM50.Untung bukan?berbelanja pun dapat faedah.

3. Asingkan wang mengikut tujuan. Boleh diasingkan di dalam sampul surat. 

4. Kurangkan penggunaan telefon. Cari alternatif lain untuk bertanya khabar seperti sms, facebook, emel dan sebagainya.

5. Kenalpasti sumber inspirasi anda-Contohnya jika anda mempunyai anak, & jadikan anak sebagai sumber inspirasi untuk anda berjimat supaya simpanan & peruntukan untuk anak adalah lebih. Mungkin tambahkan pelaburan untuk pendidikan mereka atau memberi makanan berkhasiat, buku-buku dan sebagainya.

6. Berhijrah ke kampung halaman. Kos tinggal di kampung jauh lebih rendah. Apa yang nyata jika di kota besar anda perlu membayar sewa RM650 sebulan mungkin di kampung atau di kawasan pekan anda hanya perlu membayar RM300 untuk rumah yang selesa. Bayangkan ada jimat RM350 dan penjimatan ini boleh disalurkan untuk meningkatkan simpanan & pelaburan atau matlamat anda yang lain.

7.Selesaikan sebanyak yang mungkin. Jika anda keluar rumah, pastikan anda senaraikan sebanyak mungkin perkara yang boleh dibuat. Ini akan menjimatkan kos parking, minyak dan masa anda.

8.Kurangkan melihat idiot box- idiot box bermaksud tv. Jika anda menonton 2 jam setiap hari, baik anda manfaatkan untuk membaca buku atau melakukan kerja sampingan yang boleh mendatangkan manfaat seperti membuat kuih, menjahit pakaian & sebagainya.

9. Buat senarai barang yang ingin dibeli.

10.Tetapkan had perbelanjaan.

Setakat ini dahulu...untuk mendapat penerangan & kesemua strategi, anda bolehlah membeli buku ini. Bagi yang mengenali saya & berada di sekitar tempat kerja/kediaman, bolehlah pinjam dari saya  kerana anda boleh berjimat RM39.90..:) 

Sekian dahulu dan salam hujung minggu dari saya...sama-sama berkongsi ilmu untuk manfaat diri, keluarga dan masyarakat..

~~Aishah Ghani~~~

Comments