Jimat Wang, Hati $enang (sambungan)


Salam sejahtera buat semua...

Rasanya 10 terlalu sedikit, jadi saya sambung lagi 10 strategi untuk penjimatan $. Kalau sudah dilaksana tip yang terdahulu, syukur. Kalau belum...jom kita jengok dan baca strategi seterusnya untuk diamalkan ikut kesesuaian.

Strategi 11- Jimatkan elektrik. 
Kurangkan penggunaan penghawa dingin, tidur dengan memadam lampu yang sepatutnya, seterika baju dalam kuantiti yang banyak dan padamkan alat-alat elektrik sepenuhnya jika tidak digunakan.

Strategi 12- Tinggalkan kad kredit atau kad debit.
Jika perlu bawa sekeping sahaja kad kredit atau kad debit bagi tujuan kecemasan. Ini akan memudahkan anda melawan perasaan apabila ingin membeli sesuatu. Jika risau kad kredit akan dicuri di rumah, ingatkan di mana-mana pun ada kecurian. Tetapi jika anda berkeras untuk membawa kad kredit, pastikan ...(baca seterus...)

Strategi 13- Minta bantuan pasangan
Pasangan adalah kawan/teman atau sesiapa sahaja yang menemani anda semasa keluar. Minta pasangan mengingatkan janji anda untuk tidak berbelanja selain dari yang telah disenaraikan. Hormati teguran dan pandangan pasangan anda.

Strategi 14- Membeli belah ketika kenyang
Makan dahulu sebelum keluar, ini akan mengurangkan minat anda untuk berbelanja atau makan 'sedap' di luar. Tambahan pula ketika lapar anda akan terbayang dan teringin makan makanan yang sedap dan mahal yang kadangkala bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan anda. Tetapi kurang praktikal untuk poket anda.

Strategi 15- Jangan kerap keluar rumah
Kurang keluar anda akan kurang memandangkan barangan baru di pasaran, kurang membuat senarai barang yang ingin dibeli  disamping kurangnya petrol dan parking yang perlu dibayar. Jika anda keluar setiap hujung minggu, tukarkan menjadi sebulan sekali atau 3 minggu sekali.

Strategi 16- Tukar aktiviti luar rumah
Jika habiskan hujung minggu dengan bershopping, apa kata luangkan masa bersama keluarga pergi jogging, berjalan atau bermain badminton. Selain itu boleh juga membaawa keluarga ke perpustakaan awam. Ini akan menggalakkan minat membaca di kalangan ahli keluarga anda.

Strategi17- Hapuskan kad kredit
Jika boleh, padamkan terus penggunaan kad kredit. Tanpa kad kredit anda dapat memastikan anda berbelanja dengan wang yang anda miliki sahaja. 

Strategi 18- Dana kecemasan
Ada yang berpendapat dana kecemasan adalah tiga kali ganda pendapatan anda. Ini kerana ianya boleh membuat anda bertahan selama 3 bulan jika ditimpa sesuatu yang tidak diingini. Contoh kegunaan dana ini juga seperti kenderaan rosak tanpa dijangka, anda dimasukkan ke hospitak dan memerlukan perbelanjaan yang agak banyak, musibah dalam keluarga anda dan sebagainya.

Strategi 19- Menambah pengetahuan
Seperti anda membaca blog ini untuk mengetahui beberapa strategi, anda juga boleh lakukan pelbagai cara lain untuk menambah ilmu pengetahuan. Jangan fokuskan kepada kejayaan dunia semata-mata tetapi akhirat jua. Rebut peluang hadiri seminar atau membaca blog-blog yang ilmiah. Dapatkan tips-tips percuma sebagia panduan dalam hidup.

Strategi 20- Berpuasa
Berpuasa bukan sahaja jimat wang, tetapi tuntutan agama yang banyak manfaatnya. Dengan merasai kelaparan akan menimbulkan rasa keinsafan dan kesyukuran. 

Setakat ini sahaja....dah habis waktu rehat di hari Jumaat ini. InsyaaAllah ada masa saya akan sambung dengan topik lain juga agar kita sama-sama mendapat manfaat..

~Selamat berhujung minggu~


Comments