Salam sejahtera...
Rasanya mencecah 3 minggu tidak berkesempatan untuk kemaskini blog dengan topik baru. Urusan di kampung halaman di Setiu, Trg dan juga urusan keluarga.
Kali ini mari kita sama-sama fahami mengenai istilah compounding/ compound interest. Dalam pelaburan, compound interest/faedah kompaun boleh difahami sebagai apabila anda mendapat faedah ke atas prinsipal pelaburan anda, serta ke atas faedah yang ditambah kepada prinsipal telah terkumpulkan bersama. Kalau kita melabur di dana unit amanah kita akan perolehi pulangan setiap tahun dan pulangan tersebut akan dilaburkan semula bersama pelaburan asal (contoh duit dilabur RM5,000 +pulangan sebanyak RM450, jadi duit yang dilabur semula berjumlah RM5,450). Jadi pada tahun berikutnya sehinggalah objektif pelabur tercapai, mereka akan menikmati pulangan berganda.
Fuh!!!....mudah je kan nak faham?....
Jika kita melabur lebih awal, maka kita akan perolehi faedah compound lebih lama & pelaburan kita lebih tinggi berbanding mereka yang memulakan pelaburan terkemudian. Semakin lama tempoh masa semakin besar pertumbuhannya. Contoh di bawah:
Nama
|
Amir
|
Redzha
|
Umur mula pelaburan
|
26
|
36
|
Jumlah pelaburan tahunan (RM)
|
10,000
|
10,000
|
Tempoh pelaburan (tahun)
|
20
|
20
|
Jumlah dilabur (RM)
|
200,000
|
200,000
|
Jumlah pelaburan pada umur 55tahun *
|
1,320,149
|
557,645
|
Perbezaan
|
|
(RM762,504) /57.7%
|
* Andaian pulangan
sebanyak 9% setahun.
- Walaupun tempoh & jumlah wang yang sama tetapi melabur awal lebih memeri pulangan. Perbezaan sebanyak RM762,504 bukanlah suatu jumlah yang sedikit. Bahkan perbezaan peratusnya adalah sebanyak 57.7%.
- Jika anda melabur lebih awal seperti Encik Amir, jumlah pelaburan anda boleh menjadi 137% lebih banyak dengan modal pelaburan yang sama.
Jadi, kesimpulannya,
~ Pelaburan di usia muda lebih banyak manfaat untuk kerana dapat menikmati faedah compounding.
~Lagi cepat anda melabur lagi cepat matlamat anda boleh dicapai.
Sekian, dahulu buat kali ini. Saya doakan sedikit ilmu yang dikongsi ini bermanfaat untuk para pembaca.
Salam di waktu rehat di hari Jumaat, marilah sama-sama manfaatkan.....
--Aishah Ghani---
Comments
Post a Comment